Cerita kehidupan yang belum berakhir. Saki baki kehidupan yang rahsia untuk diketahui penghujungnya. Maka terjadilah perjalanan yang penuh dengan persoalan-persoalan baharu.
Kita melihat diri sendiri. Sejauhmana kehidupan yang kita lalui hari ini sudah cukup untuk kita persoalkan kepada Ilahi? Impian yang belum tercapai, salah siapa? Kehendak yang belum terlunas, apa penghalangnya?
Jangan kita jangan. Menyalahkan perkara yang sia-sia semata. Gelas yang pecah, bukan graviti bumi yang menjadi fokus, akan tetapi siapa yang tidak meletakkan gelas tersebut pada tempatnya? Sedangkan graviti bumilah yang menarik gelas untuk jatuh ke bawah. Tetapi bukan itu perkara pokok mahupun alasan penting untuk menyalahkan pecahnya gelas tersebut. Akan tetapi kondisi gelas itu yang masih boleh diubah untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku. Bukankah begitu?
Jadi,andai kita kita melihat kehidupan kita yang banyak tergendala daripada kehendak dan perancangan kita sendiri, maka lihatlah pada sebab yang masih boleh kita baik pulih. Bukannya melihat kepada asbab yang konkrik.
Kita melihat suasana yang tidak memahami dengan diri kita. Kita seolah-olah tidak dihargai. Kita yang sering menjadi mangsa keadaan ribut kehidupan yang berlaku. Usah difikirkan perkara yang sudah berlaku. Cubalah untuk bangkit dan bina sesuatu yang baharu.
Adanya Kebergantungan yang Maha Hebat
Tahukah sahabat semua. Bahawasanya setiap manusia itu dilahirkan dengan fitrah yang tersendiri. Fitrah yang pastinya sukar ditolak oleh setiap manusia yang normal. Contoh yang pasti, makan dan minum. Tiada lagi manusia yang bisa hidup tanpa makan dan minum selama beberapa hari yang lama. Kejadian jantina juga begitu. Walaupun kecanggihan teknologi yang masih boleh merubah bentuk fizikal seseorang kepada jantina yang berlainan dengan waktunya dilahirkan, akan tetapi, hakikat anggota dan organ dalaman masih tidak mampu diubah sepenuhnya.
Begitulah fitrah manusia diciptakan. Akan tetapi, kenapa ramai manusia pada hari nin tidak merasakan bahawa diri dan hati mereka sangat memerlukan kuasa yang Maha Satu untuk diabdikan segala kehidupan?
Astaghfirullah, sememangnya perkara ini bukanlah suatu perkara yang kecil untuk dipandang, akan tetapi, manusia yang tertipu dengan musuh mereka sendiri. Musuh yang selalu berusaha untuk mengalih pandangan manusia daripada terus memikirkan akan perkara ini.
Betapa ramai orang pada hari ini tidak jelas dengan tujuan kehidupan? Kita keliru antara tujuan kehidupan dengan matlamat yang kita inginkan dalam kehidupan. Antara kehendak yang kita inginkan, dengan hakikat yang perlu kita fokuskan.
Manusia pada hari ini mencipta pelbagai jenis alat untuk memudahkan kehidupan. Alat yang dicipta, dengan tujuan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan.
Akan tetapi, kita lupa untuk memikirkan kenapa kita diciptakan?
Ayuh sahabat, sama-samalah kita merenenungi kembali diri kita. Jangan kata kita tidak memilih untuk hidup. Kerana adanya beza antara memilih dan terpilih.
Insyaallah.... sama-sama kita perbaharui kehidupan...
Astaghfirullah...