Hinanya Aku Kerana Dosa
11:26 PTG
Betapa diri ini bergelar manusia,
Yang Pasti,
Tidak terlepas dari melakukan dosa,
Seluas langit taubat dipinta,
Belum pasti dosaku reda,
Mengelola hati yang sakit,beribu punca,
Mencari keredhaan Illahi,
Selagi bernyawa.
Allah menutup,
Pintu keaiban,
Andai terbuka,
Pastinya terpampar berjuta penghinaan,
Jiwa yang lara,
Seperti tidak bertuhan,
Serangkap bicara,
Beribu kelalaian.
Kerana jiwa tidak mengerti,
Andai mengerti,sukar untuk direnungi,
Kerana alpa,
Dek tipu daya duniawi,
Kerana lemah,
Nafsu dituruti,
Kerana batas Illahi,
Tidak dijauhi,
Kerana agama,
Tidak dihayati.
Dosa menjadi bicara,
Hinanya hamba,
Melanggar perintah tuannya,
Hinanya manusia,
Dosa berjuta,
Taubatnya lupa.
Bercakap kadangkala memerlukan cermin,
Supaya diri mudah terpelanting,
Bukan sekadar untuk orang sekeliling,
Jauh dipandang,jiwanya pening.
Hinanya aku kerana dosa,
Dosanya aku kerana alpa,
Alpanya aku kerana nafsu cintakan dunia,
Cintanya aku kerana nafsu,
Nafsunya aku kerana fitrah manusia begitu,
Manusianya aku kerana Pencipta yang Satu,
Terciptanya aku kerana terpilih oleh Tuhanku.
Cukuplah jiwa,
Cukuplah hati,
Hakikat yang indah,
Ciptaan Illahi,
Rialitinya cinta,
Kembali kepada Sang Pencipta,
Benarkan hati,
Terpaut pada Illahi,
Manusia sekadar,
Penyeri duniawi,
Noktah kembali,
Akhirat menanti.
0 comments