Kali Pertama Meluncur Ais seperti Gambaran Iman

5:39 PTG



   Pengalaman yang cukup indah.Dapat bersama kakak-kakak untuk meluncur ais di Sunway Pyramid.Penuh dengan kenangan yang indah.


*****

   Mata sayu dibuka perlahan-lahan,menahan perasaan mengantuk yang menggunung di kelopak mata.Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.Hancur berkecai gunung-gunung mengantuk yang menimbun atas kelopak mataku.Tarikan graviti katil tidak lagi mampu berfungsi untuk menarik aku terus lena di atas buaian tilam.

   Kain tuala dicapai,selipar mandi dipakai,terus aku ke tandas untuk mempersiapkan diri.Terkejut bukan kepalang.Hari ini kakak aku akan mengambil aku,untuk aktiviti yang telah dirancang itu.Ya,benar sekali,ianya ice skating.Owh,sukar sekali menggambarkan imaginasi bagaimana aku akan meluncur di atas ais.

   Sambil air menyimbah diriku,imaginasi terus terbentuk menggambarkan suasana yang akan aku lalui.'Adakah aku akan meluncur sepertimana yang terdapat dalam kaca televisyen?Mungkinkah aku lompat dan membuat pusingan 360 darjah berturut-turut?Atau mungkin aku boleh mengangkat sebelah kaki sambil meluncur dengan tangan terbuka seperti seekor burung yang melebarkan sayapnya?Ahhh,mungkin lebih daripada itu.'Senyum di pipi tidak lekang dengan tugasnya untuk menggambarkan kegembiraan.

   Aku mesti segera,kakak aku sudah mesej melalui wassup yang dia dalam perjalanan.Aku menggosok baju kemja biru aku.Sepertinya sudah lama membiarkan baju kemeja tanpa tugasnya.Lagi pula,aku perasan yang setiap kali bergambar,pasti baju sama yang aku pakai.Kakak pernah mengomel tentang hal ini.

Tut.tut.tut.
Bunyinya seperti ada pesanan baru yang masuk melalui peti wassup.Aku tak endahkan lagi.Asyik dengan mempersiapkan diri,dan melipat cadar.Kali ini telefon yang berdering.Aku menjawab panggilan itu.Jelas sekali panggilan itu daripada kakak aku.

   "Salam brother,cepat sikit,dah tunggu kat dalam ni."

   "Ok,ok...on my way."

Sempat berbual sebentar dengan senior aku.Aku memaklumkan kepadanya yang aku mungkin balik sedikit lewat pada hari ini.Aku keluar dari bilik.Membawa stokin yang telah dipesan oleh kakak aku untuk ke sana.Kalau tidak,harus dibeli yang baru,ertinya memerlukan duit.Tak perlu,stokin sudah aku bawa.

   Pintu kereta dibuka,salam pembuka bicara.Aku bersalaman dengan kakak dan kak cik.Tapi untuk kak Fairuz,hanya melontarkan senyuman.Dia kawan kakak aku,yang selalu menjadi peneman kami.Sepertinya kami satu keluarga di bumi Kuala Lumpur.

   Kami berhenti makan buat seketika.Aku hanya mengambil minuman.Aku sudah makan dengan senior aku semasa persiapkan diri tadi.Kami sambung perjalanan ke tanah Sunway Pyramid.

   Sampai sahaja di sana,mataku kagum menatap bangunan piramid yang tersegam dengan bangunan kepala manusia berbadan singa.Sepertinya aku berada di padang pasir zaman firaun dahulu.Di sinilah tempat Kak Cik menyambung pengajian.Hanya bersebelahan.



   Kami masuk ke dalam petak luar tempat meluncur ais.Sepertinya ada beberapa orang sedang berlatih sambil diperhatikan oleh seorang jurulatih berpakaian baju kebanggaan skuad sukan Malaysia yang seperti harimau itu.Menunggu mereka berlatih seperti masa memakan kesabaran.Kakak-kakak aku gugup.Mana tidaknya,kami bermain di petak tengah bangunan sambil dikelilingi manusia yang asyik memerhati dari tingkat satu,dua,tiga dan empat.Sekali jatuh,berpuluh-puluh mata memandang.

   Pintu dibuka,semua yang berada di situ melulu masuk.Kami bermula dari tepi.

Aku mengisytiharkan kaki aku buat pertama kalinya di tempat meluncur ais.

"Ya Allah!!!!Licinnya!!!!"Latah aku tanpa dipinta.Sukar digambarkan,bagaimana debaran aku ketika itu.Kakak dan Kak Cik sepertinya mengawal ayu mereka,dengan hanya menjerit dalam kerongkong masing-masing.'Aku tak tahan.'Dinding di sudut tepi dipegang erat.Orang yang memerhati dari atas tersenyum.Ikutkan hati,ingin saja aku menarik mereka turun bersama dan lihat sejauh mana kalian akan terssenyum.Hancur luluh imaginasi yang selama ini diangan-angankan.Jatuh bersama diri aku yang dari tadi terjelepok di gelanggang ais itu.

   "AAARHRHHHH!!!"Sepertinya ada seseorang menjerit.Kelihatan wanita yang sedikit ketakutan,tetapi penuh dengan keriangan.Sekali pandang,seperti kebudak-budakan.Memegang erat pintu,walaupun banyak kali dipelawa masuk oleh kawan-kawannya.

   Kak Fairuz sepertinya sudah arif dalam hal ini.Selamba saja dia meluncur.Rupanya ini kali kedua dia bermain luncur ais.Jauh sekali kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke petak ais ini.Kami tidak berhenti mencuba secara perlahan-lahan.Sekali-sekala,aku terjelepok ke atas lantai ais itu kerana licin.Berjuta kali aku jatuh,tapi aku cuba.Orang yang memandang sepertinya tiada dari benak fikiranku.Aku terus memerhati golongan yang sudah pandai menyeimbangkan badannya dengan situasi ais itu.

   Aku banyak kali jatuh kelincinan.Malu turut bertandang,tapi tidak dilayan.Aku cuba dan terus mencuba.Di sini aku sedar,sepertinya Allah cuba untuk menggambarkan kepada aku,mungkin inilah keimanan aku.Sekejap aku boleh kawal keseimbangan,setelah itu pula aku jatuh.Baru sahaja mampu meluncur walaupun tidak jauh,aku masih lagi jatuh.

   Seperti imanku,sekejap pada tahap yang tinggi,sekejap pada tahap yang rendah.Berombak tanpa tepian,terus berulang dan berulang.Hanya doa yang mampu aku mohonkan,agar dimatikan dalam iman yang diredhai Tuhan.

   Aku mengawal.Aku cuba tenang.Kakak aku terus berpesan untuk tidak gelabah.Katanya itulah kunci kestabilan.Kak Fairuz terus membakar semangat."Cuba,dan cuba"

   Kak Cik turut jatuh terjelepok.Kanak-kanak berbangsa cina yang sudah pandai bermain,datang untuk membatunya.Seronok memandang mereka.Sanggup luangkan masa dengan kami untuk membantu.Begitu juga aku.Pernah sekali aku terjatuh,datang seorang lelaki berbangsa cina membantu.Tangan aku dipimpin.Dia ajar membuka langkah.Disitulah sedikit sebanyak aku belajar.

   Kali ini aku jatuh lagi.Seorang lelaki,kali ini berbangsa Melayu datang membantu.Kami bersembang sambil dia terus memegang aku agar tidak jatuh.Langkah dibuka,mengawal kelincinan lantai ais itu.Lama kami bersembang,sempat pula berkenalan dengan kakak aku yang dari tadi asyik jatuh.

   Dia seorang businessman yang berjaya.Dari segi penampilannya jelas menggambarkan pemikirannya.Cara dia bercakap juga,apa kurangnya.Terus memberikan aku kata-kata motivasi untuk berjaya meluncur ais.

   "Abang nama apa bang?"Aku menyoal.Masakan tidak,dari tadi kami berbual,aku tidak mengenali namanya.

"Owh,nama saya Syafiq."Balas abang itu.

"Astaghfirullah,samalah kita.Insyaallah,Syafiq ini akan jadi macam Syafiq ini."Aku menundingkan jari aku kedadaku,seterusnya ke arah dia.Kami sama nama.Ayat-ayat dia cukup buat aku kagum.Tutur bahasanya bermotivasi.

   Kami bertambah erat.Kebetulan,dia ada kedai di dalam Sunway Pyramid ini,tapi kami tidak sempat untuk bersamanya lagi.Dia memberikan kad mengenai dirinya kepadaku.Terpampang disitu,nama Syafiq,salah seorang yang memiliki syarikat business yang tersendiri.



   Kerana masa terus cemburu dengan kami,kami terpaksa berhenti walaupun masa untuk terus meluncur ada beberapa jam lagi.Tanpa membenarkan masa merajuk,kami pulang dengan hati yang penuh memori.Dalam perjalanan,tidak lekang dari story mories.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

1 comments