Kerana Masih Bergelar Hamba
12:54 PTG
Siapa sangka,
Si Raja itu adalah hamba?
Siapa sangka,
Pemerintah itu adalah hamba?
Siapa sangka,
Yang kaya itu adalah hamba?
Siapa sangka,
Yang menulis ini juga hamba?
Seorang hamba yang hina.
Hidup bagaikan sebuah cerita.Noktah terakhir cerita ini,adalah kematian.Melodi cerita ini,adalah konflik permasalahan.Siapa sangka,yang hebat itu adalah hamba?
Hakikat hidup di muka bumi ini,adalah hamba.Lebih-lebih lagi makhluk bergelar manusia yang dipertanggungjawabkan oleh Yang Esa.Manusia yang diertikan sebagai pelupa.Lupa dengan tanggungjaawab asal mereka.Begitulah aku,dan mungkin juga yang sedang membaca.
Di sini kita mengelamun.Sebenarnya lamunan itu jauh merentas alam rialiti.Itulah dunia.Begitulah kita sebagai manusia.Terkongkong dengan tanggungjawab yang terpelihara.Demi kehidupan yang lebih abadi di sana.
0 comments