Syukurku Buat Mu,Hujan Rahmat di Bumi KL

10:42 PTG



Lembut syahdu,
Alunan angin yang tidak bertepian,
Dibawa bersama,
Gerimis hujan,
Airnya lembut,
Mengusap kulit yang kian matang,
Sudah sekian lama,
sudah sekian lama tanah ini mengering,
Menyapa hati memberi amaran,
Adakah ini peringatan daripada Tuhan?

Hari ini,
Langit menangisi bumi,
Tanah ini,
Riang tatkala yang dulunya kering,
Kini membasahi,
Adakah ini peluang daripada Illahi?

Ya Allah,
Syukurku ini,
Kupanjatkan kepada Mu,
Kerana Rahmat yang tidak terhingga,
Sedarkan kami semua,
Dari kealpaan,
Pimpinlah kami kejalan yang Engkau redhai.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments