Mulakan Perniagaan?
10:31 PG
Tidak dinafikan dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini,kita memerlukan sesuatu pembaharuan untuk memperbaiki kehidupan kita.Bagi memenuhi keperluan seharian,bukanlah perkara yang mudah,apatah lagi untuk memenuhi kemahuan yang diinginkan.Langkah yang serig digunakan oleh kebanyakan mereka pastinya dengan mencari kerja sambilan untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan,bagi menampu segala yang diinginkan.
Dunia pada hari ini sudah sarat dengan pelbagai peluang dalam memulakan perniagaan.Berdasarkan kepada syarikat-syarikat yang tertentu dengan keuntungan-keuntungan yang tertentu.Namun,sebagai individu yang baru atau sudah lama hendak bermula dalam bidang ini,khususnya bagi mereka yang menemui syarikat baru yang menawarkan keuntungan yang berbeza dengan modal yang berbeza,penelitian haruslah diambil kira.
Bermula ada caranya
Sememangnya pemikiran orang yang baru ingin memulakan perniagaan,kita digalakkan untuk memiliki pemikiran yang positif.Tidak lain dan tidak bukan sebagai businessman or woman,pemikiran seperti ini diperlukan bagi memastikan kelangsungan perniagaan tersebut tanpa ada perasaaan lemah dan berputus asa.
Asas utama menjadi peniaga
Tapi,apa yang ingin saya tekankankan di sini adalah,dalam proses memulakan perniagaan,saya fokuskan kepada ummat Islam,kita seharusnya mengetahui terlebih dahulu hukum hakam sebenar dalam sistem muamalat Islam.Kerana apa saya perkatakan perkara sebegini?Kerana kebanyakan peniaga islam,kadang-kadang terlalu berfikiran kolot apabila meletakkan "Berfikir secara positif" sebagai agenda utama memulakan sebarang perniagaan.
Dapatkan dahulu kesahihan hukum perniagaan tersebut daripada mana-mana ustaz ataupun alim ulamak yang pakar dalam bidang muamalat.Jika kita hanya berpegang kepada konsep "You think positive,you get positive" silap-silap positive itu adalah ibu kepada menghalalkan perkara yang haram.Kerana apa?Kerana kita sudah mula sukar menerima teguran orang mengenai perniagaan yang kita lakukan,kononnya kita sudah menganggap,itulah dugaan dalam business,tohmahan dan dengki dari orang.Ini bahaya,kerana mata kita hampir dikaburi dengan fakta yang jelas.
Pentingnya mengkaji dan mendalami
Di sini saya tidak ingin meletakkan mana-mana nama syarikat pernigaan yang kononnya diragui oleh saya sendiri,tetapi saya ingin meggalakkan mereka yang memulakan perniagan itu agar berfikir berdasarkan atas landasan yang benar.Saya tidak ingin menimbulkan polimik yang hanya boleh menimbulkan pergaduhan kerana hanya ingin menegakkan kedudukan masing-masing.
Sudah diiktiraf teruskanlah
Sekiranya syarikat tersebut mendapat pengiktirafan oleh mana-mana agensi kawalan perniagaan oleh perbadanan islam,maka teruskan.Jika ianya masih syubhah,maka jangan berhenti mengkaji kesahihan sebenarnya.Untuk petikan kali ini,saya tidak akan memperincikan hukum hakam perniagaan itu,dengan harapan,mereka yang membaca yang merupakan ahli business mana-mana pihak berusaha mengkaji terlebih dahulu,sebagaimana berusaha memajukan perniagaan mereka.
Jangan sampai kita sendiri ragu
Kadangkala ada sesetengah peniaga yang hanya memandang kepada keuntungan semata-mata.Sehinggakan lupa syarat sah jual beli dalam sistem muamalat islam.Soal keraguan,kita ambil sebagai pemerah otak,dalam membuktikan lagi perniagaan yang kita jalankan tidak bercanggah dengan hukum asal.
Tiada istilah membuang masa untuk mencari kebenaran,melainkan kita bimbang perkara yang kita lakukan adalah haram dan merugikan ke atas kita.Rugilah kita andai bergelar islam,tetapi konsep perniagaan jauh dari kebenaran.Luangkan masa di mana-mana kuliah untuk mendapat kesahihan dalam berjual beli.Kesampingan perasaan yang hanya ingin melemahkan perniagaan kita,tetapi ambil kepastian mengikut muamalat islam yang sebenarnya.
0 comments