Nikmat Yang Sering Dilupakan
1:32 PG
Nikmat yang sering dilupakan, adalah nikmat kesihatan. Lebih-lebih lagi kita yang masih berjiwa muda. Banyak aktiviti yang memerlukan tenaga. Sehingga terkadang, asyiknya menggunakan segala tenaga yang ada untuk aktiviti seharian, membawa lupa kepada diri untuk mensyukuri sebuah nikmat bernama kesihatan.
Dunia ini mengikat kita dengan pelbagai benda. Sehinggakan, kita tidak mampu mengikut segala kehendak nafsu semata. Untuk bermalas dalam melakukan apa-apa kerja, kerana pada akhirnya, kita rugi dan memudaratkan diri sendiri.
Begitulah dunia mengikat kita, sehingga kita mahu tidak mahu, harus mengikut tuntutan yang ada pada dunia ini. Anehnya, penat lelah kita ini, kita perjuangkan, seolah-olah kita hidup kekal sepanjang zaman?
Kesihatan yang seolah-olah mengaburi kita bahawa pada hujung kehidupan, kita akan mati. Bahkan kematian yang tidak menjanjikan sakit terlebih dahulu baru ajal akan mendatang. Tidak bukan?
Lihatlah dunia mengalih pandangan kita daripada melihat kepada perkara yang sepatutnya, lantaran memiliki perkara yang hanya perhiasan semata. Silih berganti, tiada yang kekal.
Semoga diri kita tidak dihanyutkan dengan permainan dunia, yang banyak penatnya. Rugilah kita berpenat, seolah-olah hidup sekadar menunggu ajal datang menjemput. Apakah fungsi kita hidup di muka bumi ini?
Ujian!
Ya, benar. Untuk melihat, siapakah diantara kita yang sentiasa memikirkan kebenaran. Dengan sebuah anugerah hebat yang ada pada manusia berbanding makhluk-makhluk lain di atas muka bumi ini, iaitu AKAL!
1 comments
Sakit ibarat alarm clock, kejutkan kita dari keasyikan dunia, kerja, hiburan..syukur kalau sakit menambah iman..Alhamdulillah putera kayangan dah kembali sihat ��
BalasPadam