Erti Iman,Pada Yang Teruji
7:25 PG
Kita boleh lihat di saat bencana alam melanda di negeri jiran kita,Kelantan.Mereka yang menjadi mangsa,teruji dengan ujian kelaparan,ketidakselesaan tempat tinggal,dan sebagainya.Sungguh menyanyat hati bagi mereka yang punya prihatin.
Dengan ujian yang melanda ini,kita boleh melihat,sejauhmana kita merelakan diri untuk meringankan tangan berdoa,memanjangkan sujud,untuk terus meminta.Meminta kepada yang Maha Mencipta,agar meredakan segala bencana.Bukan tanda kita tidak redha,tetapi lumrah kita sebagai manusia yang mendambakan keselesaan seperti biasa.Kesanggupan kita untuk menghulurkan bantuan semampunya.Cukuplah bencana ini menjadi pengajaran kepada mereka yang sering terleka,termasuk kita.
Bagaimana pula kepada mereka yang teruji?
Apakah hati redha dengan ujian yang diberi?
Kita akui,sebagai seorang muslim,bukan mudah untuk mengaku beriman.Melainkan telah Allah timpakan ujian kepada kita,tetapi kita tetap taat kepada-Nya.Tidak sama dengan mengaku Islam.Di dalam kitab suci Al-Quran sendiri Allah telah memperingatkan kita di dalam firmannya di dalam Surah Al-Ankabut ayat yang ketiga yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? "
Maka kerana itu Allah menguji kita.Untuk menguji sejauhmana kekuatan iman kita dalam menerima qada dan qadar Allah.
Bencana alam mungkin boleh dikaitkan dengan ketikstabilan manusia menjaga alam.Namun,di dalam aspek yang lain,kita boleh lihat bahawa perkara sebegini memang bukan dalam keupayaan manusia.Di sinilah untuk membuktikan manusia itu lemah.
Sekali Allah mnurunkan peringatan,yang kaya,hartanya tenggelam,yang miskin terkontang-kanting dalam keperitan.Inilah suatu kesedaran,yang ingin diberikan kepada Pencipta Alam kepada manusia.Mana tidaknya,ketika teruji di saat getir ini,hanya nyawa yang difikirkan.Bukan lagi kebendaan.Keasyikan dunia bagaikan pupus dari fikiran.
Apakah kita menyangka bahawa inilah peringatan dari pencipta nyawa?
Kita seolah-olah mengharapkan keajaiban yang menyelamatkan kita.Keajaiban itu,bukanlah dalam kemampuan kita.Apa kita masih belum menyangka,berkuasanya Yang Maha Mencipta?
Ujian adalah untuk mendekatkan.Bukan untuk melemahkan iman.
Insyaallah kita sama-sama berdoa untuk kekal berada di atas landasan kebenaran.Kita yang mungkin belum teruji,apa kita menyangka kita beriman?
Maka,berusahalah kita kearah memperhambakan diri kepada Allah,dalam setiap keadaan.
0 comments