Warkah Buatmu Hawa
12:41 PG
Duhai Hawa,
Sungguh dirimu,amat berharga,
Menjadi pelengkap,kaum Adam di dunia,
Namun martabatmu,setinggi bidadari di syurga,
Andai maruahmu,terus terpelihara,
Sungguh dirimu,amat berharga,
Menjadi pelengkap,kaum Adam di dunia,
Namun martabatmu,setinggi bidadari di syurga,
Andai maruahmu,terus terpelihara,
Duhai Hawa,
Seindah bunga,di taman syurga,
Menjadi penyeri,dipandangan sesiapa,
Selagi dirimu,berdurikan agama,
Jangan harap,Adam sewenangnya tergoda,
Tergoda dek nafsu,bukan kerana iman semata,
Seindah bunga,di taman syurga,
Menjadi penyeri,dipandangan sesiapa,
Selagi dirimu,berdurikan agama,
Jangan harap,Adam sewenangnya tergoda,
Tergoda dek nafsu,bukan kerana iman semata,
Duhai Hawa,
Aku melihat isu semasa,
Terkesima tak terkata,
Tatkala dirimu diratah mereka,
Mereka yang tak mengerti apa-apa,
Memeluk mencium,dianggap biasa,
Sedangkan kita,punya agama,
Mungkin kerana leka,kita terpedaya,
Aku melihat isu semasa,
Terkesima tak terkata,
Tatkala dirimu diratah mereka,
Mereka yang tak mengerti apa-apa,
Memeluk mencium,dianggap biasa,
Sedangkan kita,punya agama,
Mungkin kerana leka,kita terpedaya,
Duhai Hawa,
Menangislah dibahu doa,
Sujudlah dibahu sejadah yang tersedia,
Benarkanlah keinsafan,meresap jiwa,
Agar taubatmu,didengari Yang Esa,
Menangislah dibahu doa,
Sujudlah dibahu sejadah yang tersedia,
Benarkanlah keinsafan,meresap jiwa,
Agar taubatmu,didengari Yang Esa,
Duhai Hawa,
Sungguh ku meminta,
Kerana diriku sendiri,punya berdosa,
Tapi biarlah,dosa itu sebagai rahsia,
Antara kita dengan yang Maha Kuasa,
Bukan buat tatapan,seluruh manusia,
Apatah lagi,kita punya agama,
Berkemungkinankan yang lain,menghaburkan cerca,
Maruah tercalar,hidup terseksa,
Sungguh ku meminta,
Kerana diriku sendiri,punya berdosa,
Tapi biarlah,dosa itu sebagai rahsia,
Antara kita dengan yang Maha Kuasa,
Bukan buat tatapan,seluruh manusia,
Apatah lagi,kita punya agama,
Berkemungkinankan yang lain,menghaburkan cerca,
Maruah tercalar,hidup terseksa,
Duhai Hawa,
Hadirmu kerana Adam kesunyian,
Hadirmu sebagai pelengkap keseorangan,
Namun untuk bahagia bersama,kita punya aturan,
Bukan semberono,melempiaskan kerakusan,
Sehinggakan maruah,tertunggang langgang,
Ahhh!!!Usah dikenang yang silam,
Bertaubatlah untuk masa hadapan.
Hadirmu kerana Adam kesunyian,
Hadirmu sebagai pelengkap keseorangan,
Namun untuk bahagia bersama,kita punya aturan,
Bukan semberono,melempiaskan kerakusan,
Sehinggakan maruah,tertunggang langgang,
Ahhh!!!Usah dikenang yang silam,
Bertaubatlah untuk masa hadapan.
Warkah Buatmu Hawa
Nukilan seorang pendosa,
Nukilan seorang pendosa,
0 comments