Hikmah Yang Ternanti

12:35 PG




   Seringkali ketika kita merasakan diri kita diuji tuhan,kita tertanya-tanya,bilakah yang baik akan mengubati luka?Kita juga akan tertanya-tanya,apa hikmahnya masih lambat untuk dirasa?

   Kita sering mendengar orang berkata "Dalam setiap ujian yang menimpa,ada hikmahnya".

   Lalu membuatkan kita ternanti.Di mana hikmah itu tersembunyi?

   Sungguh wahai hati yang mencari,hikmah itu sering tersembunyi.Kadang-kadang kita boleh menilai sendiri dengan diri kita,dengan apapun peristiwa,kita ketemu hikmah disebaliknya.Kononnya.Mungkin sahaja itu dalam penilaian kita sendiri.Sebaliknya Allah punya hikmah yang jelas,melalui firmannya di dalam al-quran.

   Apa yang cuba saya maksudkan di sini adalah,Allah sudah menyatakan beberapa perkara,yang menjadi sebab kita diuji di dunia ini.Inilah hikmah yang paling besar,tetapi kita seringkali lupa.

   Kesilapan kita dalam memahami sebab ujian Allah kepada kita,menyebabkan kita kurang mengerti hikmah yang paling besar di sebalik ujian yang melanda.Kesilapan yang saya maksudkan,adalah mengharapkan keuntungan di muka bumi secara total.

   Kita beranggapan,jika kita bertahan dalam ujian hari ini,kita akan menerima sesuatu yang baik suatu hari nanti.Inilah apa yang saya maksudkan dengan 'hikmah yang ternanti'.Kita menantikan hikmah disebalik ujian,sehingga lupa untuk fokus kepada kekuatan iman.

   Tidak salah untuk kita menanti hikmah itu dengan kesabaran.Namun,apa kita sedar bahawa Allah punya harapan yang lebih besar daripada terus memberi kita ganjaran di muka bumi ini.

   Renunglah firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Ankabut, ayat 2 yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira,mereka itu akan dibiarkan berkata,'Kami beriman' sedangkan mereka belum diuji?"

   Maka perkara yang lebih penting untuk kita fokuskan ketika diuji adalah bukan ganjaran dalam masa terdekat,bukan balasan awal di muka bumi ini,tetapi untuk dijadikan asbab,bahawa kesabaran yang kita tunjukkan di atas landasan Ilahi,adalah tiket untuk meraih simpati yang Maha Kuasa di akhirat nanti.

   Bersabar tanpa menyalahkan takdir tuhan.Bersabar tanpa mengurangkan ketaatan kepada tuhan.Bersabar di atas segala kesusahan.Demi membuktikan,kita orang yang beriman.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments