Walaupun Bukan Yang Terbaik
11:12 PTGSahabat yang dirahmati Allah sekalian.Seringkali apabila kita melihat suasana di sekeliling kita.Tidak kira samada kita berada di sekolah atau universiti,atau kemana tempat sekali pun,kita akan memerhati pelbagai ragam manusia di muka bumi ini.Pelbagai ragam yang dimaksudkan,bukan sahaja dari segi fizikal iaitu pemakaian atau solekan,tetapi kepelbagaian akhlak dan juga penampilan peribadi.
Ada orang,kita baru sahaja melihat diri mereka dari jauh,atau berkenalan secara kasar,kita sudah punya penilaian sendiri di kaca mata kita.Samada mereka ini baik budi pekertinya,mahupun sebaliknya.Kerana kita mungkin menilai mereka dari sudut luaran dengan melihat penampilan mereka.Mungkin juga kita merasai akhlak yang mereka paparkan secara tidak sengaja.Atau mungkin kerana berbezaan mahupun persamaan yang ada pada diri mereka,menjadikan kita punya tanggapan yang tersendiri secara tidak rasminya.
Begitulah juga kepada diri kita sahabat sekalian.Bagi mereka yang baru atau lama mengenali kita.
Apa yang ingin saya bincangkan hari ini,mengenai tajuk yang saya kira adalah satu tutur kata yang mungkin kita sendiri pernah menyebutnya suatu ketika.'Walaupun bukan yang terbaik'.Kebetulan hari ini baru sahaja berlangsung sambutan Maulidurrasul sempena mengingatkan mana yang lupa,mengenai kemulian kelahiran utusan Allah s.w.t. iaitu Nabi Muhammad s.a.w. di surau universiti saya.Walaupun sambutan ini dilakukan di penjuru mana sekalipun,tujuannya tetap sama,adalah untuk memperingati kita akan kelahiran Rasulullah s.a.w. yang pada hakikatnya,untuk menghayati perkongsian yang secara umumnya telah menjadi budaya masyarakat kita,mengimbau kembali kehidupan baginda s.a.w.
Malam yang bersaksikan langit tanpa tangisan.Langsir malam yang indah berkilaukan bintang.Ramai pemuda-pemuda bakal engineer barangkali mula berpusu-pusu memenuhi perut surau.Begitu juga dengan segelintir bidadari yang ada.Mungkin untuk mengatakan penuh setiap penjuru surau,tidak barangkali.Tetapi cukuplah untuk menggelarkan ianya sebagai satu jemaah.Sungguh,kita hanya mampu menyeru dan berdoa kepada mereka yang punya urusan lain untuk menghadirkan diri.
Dalam lambakan orang itulah saya terlihat,apa yang dikatakan sebagai pelbagai ragam yang dimaksudkan sebentar tadi.Namun ada perkara yang lebih penting untuk difirkan selain menjadi pemerhati kosong,tanpa sebarang keuntungan.
Kita melihat mereka yang dari segi syarak berpakaian,tidak punya kesempurnaan.Mereka yang dari segi pertuturan,hamburan kesat,kononnya kebiasaan.Mereka yang punya akhlak,tetapi terkadang melaut sampai ke barat.
Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah untuk memantulkan segala yang berlaku di sekeliling kepada diri sendiri.Apa diri sendiri punya kelemahan yang lebih teruk daripada itu.Tetapi mungkin kerana ilmu yang belum mencukupi,tidak saya sedari.Kebetulan sebelum menulis artikel ini,saya terview di youtube siaran "Tanyalah Ustazah" yang membincangkan mengenai sujud.(Kepada-Mu Kubersujud).Mengenai bagaimana sujud yang dilarang oleh agama,adalah sujud seperti anjing.Mungkin secara tidak sengaja,atau kerana ceteknya ilmu,saya seakan merasakan diri saya sendiri pernah melakukan sujud seperti yang dimaksudkan.Malah,dalam perbincangan itu,banyak lagi sujud-sujud yang saya sendiri kurang memberi fokus dalam hal tersebut.Bunyi agak nakal barangkali untuk saya yang merupakan kaum adam melihat siaran "Tanyalah Ustazah",tetapi seperti mana yang telah saya katakan,saya terview.Pada hakikatnya,itulah lambakan ilmu baru yang saya sendiri belum sempat mengkajinya.
Itulah apa yang saya katakan sebagai memantulkan kepada diri sendiri.Kerana kita sendiri belum tentu baik dalam amal kita.Sekadar baik dari segi akhlak,tetapi jahil dalam segi beribadat,maka apa yang membezakan mereka dengan kita?Lebih elok kiranya saya menggantikan mereka sebagai kita.Kerana kita juga punya kelemahan dalam diri,yang masih banyak perlu dibaiki.
Kerana itu juga saya membawakan tajuk ini pada artikel ini.Walaupun bukan yang terbaik seakan menyokong kelemahan yang ada pada diri kita,tetapi kita hendaklah sentiasa mempertingkatkan mutu mahupun kualiti amalan dan ibadah kita dalam kehidupan.Kerana kita adalah seorang hamba yang terus diuji oleh Allah s.w.t. sebagai makhluk ciptaannya yang telah dibebani dengan kewajipan.
Tidak lain dan tidak bukan,tujuan Allah menguji setiap daripada kita,adalah bagi mengetahui,siapakah diantara kita,yang mempunyai amalan yang terbaik.Mahu saya bawakan satu potongan ayat yang terdapat di dalam Al-Quran,dimana Allah s.w.t. mengatakan di dalam Surah Al -Kahfi,ayat 7 yang bermaksud:
...Siapakah antaranya yang lebih baik amalnya.
Apa yang ingin dijelaskan daripada potongan ayat tersebut adalah,ia merupakan suatu bentuk persaingan antara orang beriman dan orang yang berakhlak buruk.Dalam kehidupan seharian kita,sepatutnya bukan persaingan antara perbuatan baik dan buruk,tetapi persaingan antara perbuatan yang baik dan paling baik.Disebutkan di dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Al-Bukhari:
Apabila kamu meminta syurga kepada Allah,kamu disyorkan supaya meminta Syurga Firdaus.Ini kerana,Syurga Firdaus adalah syurga yang terletak paling tengah dan paling tinggi.Di atas Syurga Firdaus terdapat Arasy Allah.
Dalam erti kata kita yang sedang bermujahadah memperbaiki kelemahan,kita hendaklah sentiasa mencerminkan diri sendiri.Seperti pembukaan tulisan pada kali ini,apa yang kita paparkan,adalah untuk diperhatikan oleh orang sekeliling.Apatah lagi untuk Allah s.w.t.
Walaupun tidak antara yang terbaik,setidaknya tunjuklah yang terbaik dari diri kita sendiri.
Astaghfirullah...
*Rujukan: Buku Fiqah Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.Ulama' kontemporari
0 comments