KasihMu Illahi
5:39 PTG
Hujan terus membasahi bumi,
Lagit terus menangis,
Menyimbah titisan rahmat dari Illahi,
Aku menyedari,
Diri ini dahagakan pengisian rohani,
Mendengar ajal yang tidak terhenti,
Hari ini dan esok,
Seperti ada yang bakal pergi,
Bagaimana pula dengan diri ini,
Adakah sudah bersedia dipanggil Illahi?
KasihMu Tuhan,
Tidak terhenti,
Selagi nafas dapat dirasai,
Selagi dunia belum kiamat lagi,
Cukupkah aku untuk lalai dari mengingati?
Hakikat dunia,ibarat mimpi,
Kerana besarnya kasihMu Illahi,
Aku mohon,kuatkanlah imanku ini,
Dan kepada mereka,yang masih menginsafi diri,
Kerana hambaMu ini,
Lemah tidak bererti.
0 comments