Ya benar...
Kau sedang perhatikan yang aku sedang termenung.
Ya benar...
Aku telah menculik beberapa minit yang berharga kerana itu.
Ya benar...
Aku sedang berfikir tanpa sebarang tutur dan kata,bahkan sepotong ayat berbentuk bicara tidak terkeluar.
Ya benar...
Aku sedang bermain dengan emosi tanpa setitis air mata.
Ya benar...
Diriku sedang ke tempat lain walaupun jasad di sini.
Ya benar...
Aku sedang terbang di langit imaginasi walaupun hakikatnya aku sedang duduk.
Ya benar...
Air mata ini hampir berlinangan,tapi bukan kerana sedih di hati.
Ya benar...
Akhirnya aku tersedar.
Tak salah...
Kalau aku pinjam sejenak saat untuk mengimbas memori...
Bukan?
Tidak mengapa...
Aku tahu apa yang sedang aku lakukan...
...