Hidup,
Akan mengukir sebuah kehidupan,
Pada setiap insan,
Ia membawa kisah yang berlainan,
Hidup,
Akan terus mencipta perjalanan,
Berdasarkan sebuah pilihan,
Lain pilihan, lainlah haluan,
Hidup,
Akan membentuk tujuan,
Tiada tersedar, jika tiada impian,
Jika tidak dicita-citakan,
Manusia itu seolah-olah tiada keperluan,
Hidup,
Akan mendidik seseorang,
Jika mereka tega, mengambil pelajaran,
Pada bahtera impian,
Mengharungi ombak ujian,
Hidup,
Akan seolah-olah sebuah kematian,
Jika tidak membawa sebarang manfaat pada kehidupan,
Kerana kehidupan,
Akan terus tercipta selagi nyawa dikandung badan,
Hidup,
Selagi hidup,
Noktah cerita kita,
Merupakan permulaan pada kisah baharu,
Kerana noktah dalam kehidupan,
Noktah yang bernyawa.