The Past Is In The Past
11:54 PTG
Live My Life~
Meneruskan kehidupan dengan identiti sendiri.Cabaran demi cabaran.Halangan demi halangan.Mencari erti kematangan.Dalam onak yang berduri,terus mencuba untuk berdikari.
Kononnya sebati dengan garam dan gula kehidupan,sehingga kadang-kadang leka,dalam alpa yang tidak dipinta.Sukatan yang salah,akan memberi rasa yang berbeza.
Terlebih gula,terlalu manis.Terlebih garam,terlalu masin.Mulalah datang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Biarkan ia berlalu.Kita harus biarkan ianya berlalu.Buat apa harus difikirkan,jika ianya menyakitkan.Buat apa dikenang,jika ia melemahkan.
"Saya tak tahu kenapa,tapi peristiwa itu menghantui"
Biarkan.
"Cakap memang senang,selagi tak kena pada diri sendiri"
Biarkan.
Jujurnya,hendak berkata "biarkan" memang mudah.Cuba anda sebut?Mudahkan?Tapi jauh sekali berbeza dengan sang yang mengalami sejarah kehidupan yang sukar dilupakan.
Saya pernah jumpa seseorang yang bila saya bertanyakan soalan seperti itu,dia hanya jawab,biarkan biarkan dan biarkan.Ingat Allah,kuatkan iman.Senang sangat katanya.
Tapi saya tak jumpa jawapan penyelesaian walaupun hakikatnya,jawapan itu ada di tangan.Kerana apa jadi begitu?Kerana kita ketandusan ilmu kehidupan.Kita belajar subjek untuk mengejar cita-cita,sehingga kadang-kadang tidak pernah meluangkan masa untuk mempelajari selok belok dunia.
Kerana itu kita harus sedar,hakikat yang lalu tidak boleh diubah.Ingat lagi ketika kita jatuhkan pinggan di dapur?Habis Pecah.Ada kita salahkan tarikan graviti?Pastinya tidak.Kerana apa?Kerana ianya diluar asbab.Akhirnya,kita salahkan kecuaian diri kita.Kerana kecuaian diri masih boleh diubah.Lainlah kalau anda yang membaca mampu mengubah graviti.
Kesan kemalangan.Meninggalkan parut.Kita salahkan kemalangan,bukan kerana kulit itu yang lemah dengan geseran.Cukuplah.
Mengharapkan mulut manusia tertutup,sukar sama sekali selagi mereka tidak bisu.Menginginkan manusia tuli daripada mendengar sejarah hidup kita,sia-sia saja selagi mereka bertelinga normal.Kita tidak boleh ubah mereka,melainkan mengubah diri sendiri.Mengubah kehidupan kita,walaupun seribu kali jatuh dan sakit.
Sedangkan Saidina Omar yang memusuhi Rasulullah boleh menjadi Khalifah di muka bumi ini.Luasnya Pengampunan Allah.Tapi kenapa kita masih menyibukkan masa untuk memikirkan masa lalu?Sedangkan peluang masih ada,bahkan anda berlapang dada untuk membaca petikan ini sampai ke perenggan ini.
Mari kita beralasan.
Itu menyebabkan kita begini.
Ini menyebabkan kita begitu.
Mari kita fikir.
Perkara itu sudah berlaku.Kita mungkin tidak berupaya untuk mengbah masa lalu,tapi jangan kerana terlalu memikirkan masa lalu,kita lupa,bahawa bahawa masa sekarang akan menjadi "masa lalu" dan "masa itu" akan datang tanpa menghantar kat perundangan.Marilah kita bina perubahan.(Untuk diri sendiri terutamanya)
Biarkan.
Yang lalu berlaku di masa lalu.
Biarkan...
2 comments
ustazah pilihan:“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” [2:286]
BalasPadamBila kita ditimpa musibah, carilah ALLAH. mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa. ALLAH berfirman,
BalasPadamMaksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)