In
Aku
,
Cemburu
Aku Cemburu
Aku juga punya cemburu,
Cemburu itu fitrah,
Tak lain aku juga manusia yang lemah.
Kerana kehidupan kita berbeza,
Kekuatan dan kelemahan juga berbeza,
Corak pemikiran termasuklah juga,
Kerana perbezaan,wujudnya cemburu buta,
Namun tak pernah,ku abadikan sebagai buta.
Walau fitrah jangan dijadi fitnah,
Walau gundah jangan menjadi lemah,
Aku juga mengerti istilah,
Cemburu itu jangan sehingga menfitnah.
Dalam diam hati berbicara,
Dalam lisan yang tidak terkata,
Dalam jiwa yang gundah gulana,
Ingin sekali aku menjadi seperti mereka.
Bisik hati pada iman,
Bersabarlah,
Walau aku cemburu.
(Cemburu dengan orang yang beramal soleh)