Air Mata Di Bumi Gaza

8:01 PG




Air mata itu,
Air mata ketabahan,
Air mata itu,
Bukan sekadar menangis,menyalahkan tuhan.

Air mata itu,
Air mata keikhlasan,
Air mata itu,
Bersama hati,kerana orang tersayang.

Berbeza dengan diri ini,
Lemah di bumi sendiri,
Bumi yang masih dilindungi,
Daripada perosak harta,
Maruah dan keamanan yang dikecapi.

Sedarkan aku kerana bumimu,
Betapa nilai kesatuan,perlu bersatu,
Pentingnya membimbing nafsu,
Dengan cahaya ilmu,
Kerana di situ,
Lahirnya kekuatan mentaati Yang Satu.

Air mata itu,
Berguguran di tanah,
Tanah yang coraknya adalah darah,
Darah pejuang mempertahankan maruah,
Andai lemah,
Yang diseru adalah Illah.

Air mata di bumi gaza,
Aku doakan kau terus tabah.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments