Detik Yang Setia
2:15 PG
Sungguh cepat waktu berlalu,
Lantaran detiknya yang setia menghitung,
Tidak menunggu, tidak terburu-buru,
Cukup sesaat, berganti ribu,
Menjadi minit dan jam,
Yang pada akhirnya menjadi kenangan,
Itupun kalau masih tersimpan,
Kerana ada yang menjadi pengalaman, tetapi dilupakan,
Terasa cepat waktu berjalan,
Sehingga akhirnya berakhir indahnya zaman persekolahan,
Kemudiannya berganti menyambung pelajaran,
Ke peringkat yang lebih tinggi, seusai zaman kedewasaan,
Tiada istilah, aku tidak merelakan,
Kerana masa, tidak punya ruang untuk melayan,
Melayan karenah diri yang ingin berlengah dengan ketetapan,
Bahawasanya pada akhirnya, sesaat akan berlalu dan tidak akan berulang atau dilambatkan,
Kerana detik itu, tercipta kisah kehidupan, yang berdakwat kekal dalam suratan takdir tuhan,
Yang masih diberi peluang, adalah waktu yang akan datang,
Dengan melakukan yang terbaik di waktu sekarang,
Selagimana, hadirnya kesedaran,
Detik yang setia,
Dengan waktunya.
0 comments