Owh Sabar

8:50 PTG



Dalam dunia yang penuh cerita,
Dalam ujian yang terselit derita,
Hadirnya sabar menyedarkan kita,
Bahawa pahit ujian rencah dunia.

Bukan mudah menghadirkan ia,
Tidak semudah ucapan sesiapa,
Kerana hakikat jiwa yang merasa,
Ciptalah ia dengan iman di dada.

Andai kata semudah bicara,
Harganya pula tak setinggi permata,
Kerana ia tiada di mana,
Kerana iman lahirlah ia.

Usah gundah melangkah dunia,
Pahit dan manis adalah pentasnya,
Binalah iman pemantap jiwa,
Sabar tercipta,bahagia terasa,
Kerana Allah,sentiasa ada.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments