Pokok dan Malam
4:38 PTG
3 hari 2 malam.Aku berada di sana atas dasar perkhemahan.Diri sudah jemu untuk mengeluh dengan keadaan,sebaliknya berusaha untuk mengambil kesempatan,di atas perkara positif yang mendatang.
Kami berkumpul di tengah kawasan yang sesuai untuk memuatkan seramai hampir dua ratus lebih yang menyertai perkhemahan itu.Sungguh indah dengan lambakan pokok yang menebal menghiasi lapisan bukit di kawasan ini.Aku khusyuk memerhati pemandangan yang indah,takjub dengan kekuasaan Sang Pencipta yang mencipta pelbagai jenis spesis tumbuh-tumbuhan.
Burung-burung terbang bebas tanpa terhantuk di mana-mana bahagian bucu langit yang tidak bersempadang.Sambil kicauannya riang bertasbih memuji Yang Esa.Pandangan mataku terpasak ke setiap sudut ruang memerhati pohon yang tinggi mencecah awanan itu.Tanpa sedar,hati mengusik.
Perhatikan Imanmu
Aku sedar,pokok-pokok itu cuba untuk mendidik aku melalui pandangan.Aku sedar,betapa iman aku sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan orang-orang alim yang berkeperibadian soleh.Pokok-pokok di hutan itu sepertinya berlumba-lumba mencapai awan,seperti menggambarkan iman seseorang yang jauh,berusaha memenangi kejayaan akhirat.Namun aku sedar,semakin tinggi pokok itu,semakin mudah ia bergoyang dek angin yang menyapa,sepertinya menggambarkan begitulah keimanan seseorang yang dekat dengan Allah,yang pastinya terus mendapat ujian,tetapi terus gah berdiri tanpa tumbang.Maka sedarlah aku,bahawa imanku setinggi rumput,yang hanya mampu bertahan di tanah yang kotor dek kerana lemah mengharungi badai yang menyapa.
Aku tertunduk memandang rumput.Jauh sekali untuk menjadi si pohon balak yang gah menggapai awanan.
Malam itu Sunyi
Petang itu berlalu pergi.Sepertinya malam yang menghadiri.Kami berkumpul untuk sama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah.Langit semakin malap cahayanya.Cahaya siang dimamah perlahan oleh kegelapan.Malam yang gelap.Hutan semakin menghitam.Bunyi haiwan dalam hutan bersebelahan,menggimikkan lagi suasana malam.Cengkerik meneruskan kerjanya menyerikan suasana malam di dalam hutan.Gelap.Sungguh gelap.Sedarkah aku hati ini lebih gelap daripada malam ini.Gelap kerana dosa.Gelap kerana alpa mengagungkan Yang Esa.
Pokok
Pokok berkejaran,
Untuk menjadi tinggi menggapai awanan,
Orang soleh yang beriman,
Dikejarnya akhirat,dunia tidak ditinggalkan.
Pokok yang tinggi,
Mendongak ke engkau sepersis langit,
Orang soleh berjiwa murni,
Imannya kuat,masih merendah diri.
0 comments