Monolog Hati Buat Akal
9:43 PG
Hati yang lara,
Melupakan Yang Esa,
Jiwa yang kering,
Ihsannya tiada,
Akal yang lemah,
Nafsunya bermaharajalela.
Pandangan mata,
Terbelenggu dosa,
Deria pendengaran,
Mendengar perkara yang alpa,
Mulut yang lantang,
Menghemburkan bicara dusta.
Sukar dihayati,
Sukar direnungi,
Mendongak kelangit,
Memuji kehebatan Ilahi,
Menatap bumi,
Dengan jiwa yang mensyukuri,
Namun itulah diri,
Yang imannya bergolak bersama duniawi.
Kerana nyawa masih di badan,
Kerana akal masih berfikir,
Penyayangnya Ilahi sukar diterjemah,
Hanya kesempatan,
Jangan dilepaskan,
Pintu taubat,
Belum terkunci rapat.
0 comments