Merobek Hati Mencari Cahaya

6:17 PTG


Ku pandang langit,
Gelap tidak bercahaya,
Hadirnya bintang berbintik-bintik,
Menjadi penyeri hamparan angkasa,
Ku menyelami hati,
Kering bak gurung sahara,
Pokoknya mati,
Kerana airnya tiada,
Pokoknya adalah ingatkan Ilahi,
Airnya pula zikrullah di dada,
Ku mencari di dalam sepi,
Kehangatan cinta terhadap Ilahi,
Hadirnya seakan musim di bumi,
Sekejap datang sekejap pergi,
Owh sungguh malunya aku,
Hidup di bumi,nikmatnya beribu,
Tanggungjawab pula tiada terdaya,
Kerana iman lambat,seperti sang kura,
Merobek hati,
Mencari cahaya,
Sekelumit ada,
Hargailah ia,
Agar tidak,
Gelap gelita,
Hidup sengsara,
Bahagianya tiada.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments