Bila Langkah Bermula

12:04 PG


   Hari ini,ada cerita.Yang membezakan,adakah ianya sama dengan hari semalam,atau sebaliknya?Diri sendiri yang tahu.Jika sama,maka bertambah rugi.Jika berbeza,lebih kepada kebaikan,atau keburukan.
   Matahari mula menjelmakan diri.Walaupun bersembunyi malu dibalik awan,cahayanya  masih lagi bisa menerangi alam seluas-luasnya.Burung berkicauan menyanyi.Ada yang terbang bebas di ruang angkasa,ada yang hanya bertenggek anggun di atas dahan pohonan.Suasana ini,pagi namanya.
   Aku persiapkan diri.Ada perancangan yang sudah diatur.Dengan lafaz bismallah,aku memulakan langkah.Dengan harapan hari ini bermula dengan keredhaan-Nya.Pintu dikuak,diri keluar,sejurusnya pintu ditutup perlahan.Cuba mengukir senyuman,agarnya bibir ini murah senyuman,untuk disebarkan ke sekalian alam.
   KTM Nilai,aku datang!Dengan pertolongan ikhwah,aku sampai di destinasi.Seperti kebiasaan,bandar-bandar di sini sibuk dengan pelbagai ragam manusia.Ada yang mencari rezeki,untuk kelangsungan hidup,dengan pelbagai cara yang tersendiri.Yang pasti,berniaga adalah pekerjaan yang menjadi majoriti.
   Dalam LRT itu,aku menanti ke destinasi yang seterusnya.Dari satu stesen ke satu stesen yang lain,manusia mula memenuhi ruang LRT itu.Padat.Macam-macam manusia yang kulihat.Pelbagai bangsa juga.Dengan sekelumit ilmu manderin yang aku belajar,sedikit sahaja yang bisa aku tafsirkan.Tapi aku tetap bersyukur,sekurang-kurangnya aku bisa memahami sepatah dua kata daripada bibir manusia berkulit putih itu.Tapi tidak, untuk satu bangsa yang lain.Kerana tanpa ilmu,tiada apa yang boleh difahami.
   Aku menelinga sahaja perbualan mereka.Mungkin tanpa sengaja kerana aku berseorangan dalam perjalanan.Kalau ikutkan hati,aku ingin mengeluarkan buku yang aku bawa bersama untuk dibaca,tapi sayang,keadaan terlalu sendat,aku mungkin sahaja hilang fokus dalam pembacaan.
   Aku fikir,hari ini adalah hari graduasi kakak aku,rupanya keesokan harinya.Tidak mengapa,sekurang-kurangnya aku boleh bertemu dengan kedua ibu bapa aku,kerana mereka sudah berada di Kuala Lumpur.
   Setelah sampai ke hotel,aku bertemu mata dengan mereka semua.Umi,Abah,Kakak dan adik-adik yang turut hadir bakal meraikan hari bersejarah kakak aku yang seorang lagi itu.Lama kami bersembang.Tak lekang mulut berbicara.
   Selang beberapa ketika,ayahku mengajak aku untuk pergi ke kedai buku.Itulah antara hobinya bila datang ke KL.Katanya ingin melihat perkembangan kitab-kitab agama terkini.Aku tidak keberatan,kerana tujuan aku juga adalah untuk jalan-jalan.Dua minggu lagi aku akan menduduki peperiksaan akhir untuk semesta kali ini.Maka,elok kiranya aku tenangkan fikiran terlebih dahulu.
   Kakak menghantar aku dengan abah ke KTM Setia Jaya.Kami akan meronda di sekitar bandar  Bank Negara.Antara hobi kegemaran ayah aku ketika melawat ke Kualan Lumpur.
   Kami membuka langkah seusai sampai ke destinasi.Dalam perjalanan ayah aku banyak menceritakan mengenai masa silamnya di kawasan yang kami lalui.Aku rasa sangat terhibur dengan cerita-cerita yang disampaikan.
   Aku dibawa ke suatu tempat.Di dalam bangunan yang tidak pernah aku pergi.Aku hanya mengikut langkah ayah-ayah aku.Kami melewati banyak kedai.Aku memerhati pellbagai jenis bentuk binaan yang tersergam di pusat bandar itu.Seni bina yang terukir,seakan mengembalikan aku ke masa lampau.Aku dapat merasakan suasana yang cukup berbeza.
   Sampai di bangunan yang ayah aku maksudkan,aku merasakan seakan lemas di lautan ilmu.Buku yang disusun bertingkat-tingkat di atas barisan almari,membuatkan aku terjeda seketika.Cukup banyak.
   Dari tajuk asas agama,kepada tajuk yang lebih besar.Pelbagai jenis tajuk buku yang disediakan.Ibarat permasalahan dalam kehidupan sudah lama dibongkarkan.Cuma kita yang terkadang leka dengan dunia yang sempit kita sendiri.Aku berasa sangat malu pada diri sendiri.Aku mengharapkan dunia ini tanpa cermin.Malunya untuk aku melihat diri sendiri.
   Mana tidaknnya.Pelbagai aneka buku sudah disediakan.Ini bermakna,pelbagai permasalahan sudah dibincangkan.Terus dimana erti hidup aku jika sering jauh dari kebenaran?Di mana kita sebenarnya?Di mana agama dalam diri kita?Aku rasa cukup terpukul.
   Maka sedari aku,kerdilnya kita dalam ilmu pengetahuan.Terlalu kerdil.Maka,bilakah kita membuka keterbukaan untuk membenarkan cahaya menyuluhi kehidupan kita?

   Mari fikirkan.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments