Rintihan Langit

6:22 PTG


Guruh kuat,menampar awan,
Dentumannya kencang,memecah lamunan,
Kerana tidak dipujuk,awan menangis,
Sayunya kuat,menitis-nitis,

Hujan itu,suatu peringatan,
Buat mereka,yang dalam kealpaan,
Padanya turun,dua kemungkinan,
Samada rahmat,mahupun azab daripada tuhan,

Namun adakah,kita menyedari,
Mungkin saja kerana kerakusan diri,
Kita tidak mengerti,
Hujan ini,azab dari ilahi,
Memungkin bencana,turun ke bumi,

Atau pantas,iman kita dicantas,
Hanya kerana rahmat,dari Yang Atas,
Kerana ucapan syukur,lupa diluah,
Akhirnya diri,lalai tak sudah,

Hujan oh hujan,
Bukan kubertanya kenapa engkau turun,
Bukan jawapan,macam mana kamu tak turun,
Tetapi kusedar,kerana takdir sudah tersusun,
Maka kupinta,jangan aku yang asyik mengelamun,
Sehingga lupa,mensyukuri Yang Maha Agung.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments