Menjemput Cinta Ilahi

10:31 PTG



Kerana Dia,sentiasa dekat,
Tetapi kita yang sering menjauhkan jarak,
Kerana Dia,sentiasa memerhati,
Tetapi kita,yang sering rasa tersembunyi,

   Dunia kita sama.Ujian sahaja yang berbeza.Terkadang,kita diuji bahagia,tetapi tersasur untuk bersyukur.Terkadang kita diuji derita,kita hampirnya menjadi kufur.

   Malu seorang hamba,bagaikan tiada.Siapa kita di muka bumi ini?Kemakmuran apakah yang kita cipta untuk sejahterakan dunia ini.Atau diri kita sendiri yang sudah mengikut rencah kejahilan,sehingga lupa,adanya penghintungan.

   Cinta.
   Kerana cinta.

   Bukan cinta antara berlainan jantina sahaja yang ada di muka bumi ini.Tetapi cintakan dunia.Tidak memerlukan akad nikah.Tidak memerlukan perjanjian yang sah.Tetapi,kita sudah menaburkan segala maruah.Owh sungguh.Malulah.

   Merenung langit.Birunya tetap sama.Tidak berubah menjadi hijau.Rumput pula,tidak menjadi biru.Tapi tidak pula pada hati manusia.Sekejap dicemari,sekejap menginsafi diri.

   Kononnya,inilah hakikat sebagai manusia?

   Tidak!Kerana pengakhiran kita masih lagi tersirat.Kita tidak mengetahui ajal kita datangnya bila.Ketika iman kita di tahap mana.Maka,ikhtiar kita mematikan noktah kehidupan bagaimana?Perenggan seterusnya pula adalah penghintungan.

   Sedarlah kita,pentingnya menjemput cinta Ilahi.

   Biarkan sekeliling bercorak.Warnanya indah memikat.Tetapi kita kekal mencari berkat.Pertaruhkan keseronokan,demi cebisan ketaqwaan.

   Ikhlas itu juga tersembunyi.Sebagaimana cinta yang terbuku di hati.Namun,harus kita abadikan di alam rialiti.Bahawa kita benar-benar berikhtiar,mencapai cinta Ilahi.

   Pesan pada hati.
 
   Jangan lama-lama alpa di tasik duniawi.Sebaliknya berenang-renanglah ke lautan cintakan Ilahi.

   Insyaallah.


*****


Dunia,
Hadirnya sirna segala derita,
Sedangkan rohani,meronta,merana,
Kerana asyiknya,nafsu membela,

Cinta,
Hadirmu pelbagai cerita,
Membawa pelbagai makna,
Yang sungguh berbeza,
Yang pasti,jika tersilap,manusia buta,
 
Akhirat,
Kebenaranmu sudah tercatat,
Mengingatimu terlalu berat,
Kerana lupa,manusia melarat,
Yang pasti,azabnya terlalu tenat,

Manusia,
Kita sama,
Maha adil Sang Pencipta,
Tetapi kerana pilihan,kita sengsara,
Hanya bertujuan,memuaskan nafsu sahaja,
Perjuangan kita,menjadi berbeza.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments