Warkah Cinta Buatmu Pantai Timur
1:41 PG
Bagaimana harus,aku bermula,
Kerana aku belum merasa,
Tetapi kita,bersaudara,
Lukamu sekelumit,membentak jiwa,
Kerana aku belum merasa,
Tetapi kita,bersaudara,
Lukamu sekelumit,membentak jiwa,
Kalian di sana,bagaikan berperang,
Berperang nafsu,berperang iman,
Memahat sabar bersama kekuatan,
Agarnya ujian,bukan untuk melemahkan,
Berperang nafsu,berperang iman,
Memahat sabar bersama kekuatan,
Agarnya ujian,bukan untuk melemahkan,
Di saat getir,di takat leher,
Kau tabah,berenangkan lelah,
Ini bukan cerita,si ahli sihir,
Melainkan ujian,daripada Allah,
Kau tabah,berenangkan lelah,
Ini bukan cerita,si ahli sihir,
Melainkan ujian,daripada Allah,
Sungguh ku malu,di dalam bisu,
Melihat gelagak manusia,menuruti nafsu,
Ketika politik,diangkat menjadi isu,
Sehingga lupa,untuk terus bersatu,
Melihat gelagak manusia,menuruti nafsu,
Ketika politik,diangkat menjadi isu,
Sehingga lupa,untuk terus bersatu,
Duhai kalian,jiran katanya,
Tak sejiran,serumpun katanya,
Tak serumpun,seagama pastinya,
Siapapun kalian,kami pastinya berdoa.
Tak sejiran,serumpun katanya,
Tak serumpun,seagama pastinya,
Siapapun kalian,kami pastinya berdoa.
*Teruskan berdoa,mengadu dan mengharap kepada Allah.Ku petik antara kata-kata Syeikh Abdul Rahman Bin Nawhir Sa'di,bahawa "Mengadu kepada Allah,bukanlah bermakna menafikan kesabaran."Maka teruskan berdoa.Pastikan ujian ini,mendekatkan lagi hubungan kita kepada Sang Pencipta.Bukan menyalahkan,dengan bencana yang melanda.Kerana hikmah,sifatnya adalah rahsia.Maka,bersabarlah dalam ketaatan kepada-Nya.
Insyaallah.
0 comments