Waktu

7:35 PG

   Lihatlah betapa sayangnya Allah s.w.t. kepada kita.Antara nikmat yang paling besar adalah peluang untuk masih merasai kehidupan,ketika diri merasakan belum bersedia untuk kehidupan selepas kematian.Inilah peluang yang sangat besar yang Allah berikan.

   Waktu.

   Waktu kecil-kecil dahulu,kita sering mendengar lagu nasyid Ingat Lima Perkara,Sebelum Lima Perkara.Masihkah sahabat ingat?

   Dalam lirik nasyid tersebut ada menyebut, "Lapang sebelum sempit".Betapa kita seharusnya sedar dan menghargai nikmat yang Allah s.w.t. berikan ini, sebelum perkara yang sebaliknya menimpa diri.

   Jujur saya mahu katakan, kita kadang-kadang terlalu asyik dengan keseronokan duniawi,sehingga terkadang, kita lupa,bahawa detik yang Allah kurniakan ini adalah sangat berharga.Betapa ramainya ahli neraka yang meratap dan meraung untuk dihidupkan semula,hanya kerana ingin melakukan ketaatan.

   Marilah kita sama-sama memanfaatkan masa yang Allah berikan, dengan melakukan perkara yang berfaedah.Jangan pernah merasakan diri kita punya waktu yang sedikit untuk dibuang kepada perkara yang tidak berfaedah,sedangkan hati kita punya banyak lagi kelompangan yang harus diisi.

   Apakah itu?

   Ilmu...Astaghfirullah

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments