Beautifies Us, Inside
4:58 PG
Islam pada hari ini, mengalami pelbagai tuduhan. Golongan manusia yang ingin menjatuhkan kebenaran dengan kebatilan, semakin giat melakukan fitnah dalam merosakkan pandangan orang awam terhadap agama yang benar ini.
Pelbagai tuduhan dan momokan yang mereka timbulkan, dalam memastikan, agama Islam dilihat sebagai agama yang penuh dengan kekerasan, kekolotan, ketinggalan zaman dan sebagainya. Lebih parah, apabila ummat Islam itu sendiri mula memandang serong agama mereka sendiri. Bukan kerana tidak mampu menilai dengan kebenaran yang ada, akan tetapi kerana terpengaruh dengan ideologi yang banyak meraikan kehidupan mengikut hawa nafsu dan kepuasan diri sendiri.
Ketika zaman berganti zaman, ummat Islam yang semakin bertambah dari segi kuantiti, mengalami kekurangan dari segi kualiti. Mana tidaknya, setiap hari dunia menawarkan pelbagai keindahan-keindahan dan keseronokan. Sehingga pada akhirnya, manusia hilang hala tujuan. Tidak tahu, sebab mereka diciptakan. Lepas mati, seolah-olah menjadi debu berterbangan.
Kebenaran dan hakikat hidup itu, tidak lain, hanya akan diperolehi kepada mereka yang ingin mendengar ataupun berfikir mengenai kebenaran. Mendengar dengan erti kata, membuat penilaian terhadap tujuan sebenar hakikat kehidupan. Ataupun dengan daya fikir, dalam mengkaji dan mencari, hakikat yang dimaksudkan. Allah s.w.t. menggambarkan di dalam kitab suci Al-quran, bahawa antara penyesalan yang dikesali oleh ahli neraka adalah kerana mereka tidak mahu mendengar ataupun berfikir.
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
(Surah Al-Mulk : 10)
Islam adalah agama yang tidak berlandaskan hawa nafsu. Akan tetapi, betapa ramai orang yang merelakan diri berada dalam peraturan yang dicipta oleh manusia. Yang pada akhirnya menemui pelbagai kelemahan bahkan tidak langsung membawa keadilan.
Sudah tiba masanya untuk kita sebagai ummat Islam, untuk memperbetulkan kembali tanggapan orang bukan Islam terhadap kita. Kadangkala, orang awam yang tidak tahu apa-apa, yang terpengaruh dengan sebaran pemikiran oleh musuh-musuh Islam samada dari golongan Yahudi atau sebagainya.
Dalam membetulkan tanggapan itu, kita harus perbetulkan diri kita. Cubalah untuk mengamalkan setiap ajaran yang ada dalam agama Islam untuk kita adaptasikan dalam kehidupan. Tidak mampu melakukan semua, tidak bererti tinggalkan semua. Ikhlaskan niat kita semata-mata untuk menegakkan kembali agama Allah, dengan usaha kecil iaitu mentarbiyah diri kita menjadi orang yang sebenar-benarnya beriman.
Islam itu tidak lain, jika kita sematkan di dalam hati, dan diamalkan setiap diri, it will beautifies us, inside, dan kemudiannya menjadi penyeri kehidupan kita, kerana padanya, kita bersama redha-Nya. Akhlak menjadi santun, hati menjadi jernih, amal menjadi indah.
Remember,
It will beautifies us inside.
0 comments