Kekalkan Senyuman
3:20 PTG
Untuk ikhlas dalam sesuatu perkara,kita pastinya akan melalui pelbagai ujian dan pancarobanya.Jangan sesekali kita menyangka,bahawasanya ikhlas itu boleh diukur melalui perbuatan zahir sahaja.Tidak sama sekali.
Begitu juga dengan kehidupan yang sedang kita lalui.Sedar ataupun tidak,kita sebenarnya terkadang menipu diri sendiri berulang kali.Bagaimana perkara tersebut berlaku?
Lihatlah pada kehidupan yang kita lalui pada hari ini.Terkadang,kita keliru samada untuk jujur dalam kepahitan,ataupun menipu demi menjaga hati seseorang.Terkadang kita berlakon kuat untuk mengelak dilihat lemah,sedangkan andai kongsikan bersama orang lainpun,mereka belum tentu menyokong kita untuk gagah.
Masalah ramai daripada kita pada hari ini apabila tidak merasakan diri sendiri sedang menipu diri sendiri.Boleh jadi mereka sudah lali dengan kehidupan yang penuh tipu daya dan lakonan,sehinggakan mereka merasakan itulah yang terbaik untuk mereka.
Lebih parah lagi apabila,kehidupan hari demi hari sama sahaja tanpa sebarang tindakan,sedangkan tingginya mimpi impian setinggi bintang di angkasa jagat.
Cukuplah menipu diri kita sendiri.Buatlah apa yang terbaik untuk diri kita.Pastinya yang terbaik apabila kita mengikuti segala tuntutan agama dan cuba untuk mengamalkannya.Tidak boleh lakukan semua,tidak bermakna meninggalkan semua.Teruskan pertingkatkan mutu kehidupan.
Hiduplah seperti kita akan hidup seribu tahun.Maka kita akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan harian sebagai bekalan untuk keesokan hari.Tetapi,beribadahlah seperti kita akan mati pada hari ini.Agarnya jiwa terus bersama Allah s.w.t. dalam semua gerak kerja.Bahkan,fikiran akan lebih positif kerana ada yang Maha Berkuasa yang sering mendengar.
Jangan merasa penat dengan ujian.Rasalah ia sebagai rencah kehidupan.Andai tiba masa kita terasa sedikit masin,mungkin kita harus tambahkan sedikit gula.Andai terlalu manis,mungkin kita harus perbanyakkan bahannya dan kongsi bersama orang lain.
Hidup tidak menjanjikan bahagia,
Tetapi cara kita memandang kehidupan dengan betul,pastinya menjamin bahagia.
Astagfirullah.
:)
0 comments