Apa Yang Kita Mahukan
3:15 PTG
Apa yang kita lihat,selalunya berbeza dengan apa yang difahami oleh orang lain.Masing-masing punya pandangan tersendiri dalam menilai apa yang mereka perhatikan.
Kali ini saya ingin menyentuh serba sedikit mengenai perubahan.Perubahan dari segi apa,sudah pasti kalian tahu.Bila menyebut perkataan perubahan,tidak lain dan tidak bukan,ada sesuatu yang mengalami situasi di mana ianya menjadi sesuatu yang baru.Dalam apa yang ingin saya sentuh pada kali ini adalah perubahan dalam kehidupan seharian kita.
Ini bermakna,apa-apa yang berlaku dalam kehidupan kita sebelum ini,mengalami suatu fasa yang membuatkan ianya tidak lagi seperti sediakala.
Saya yakin dan percaya,setiap anda yang membaca ketika ini masing-masing mengharapkan perubahan dalam kehidupan kita.Boleh jadi pelbagai sebab yang membawa kita bertindak sedemikian.Namun ketahuilah,inilah kasih-sayang yang paling besar Allah s.w.t. anugerahkan kepada kita.Itulah yang dipanggil hidayah.
Mungkin sebelum ini,kita memang mempelajari ilmu-ilmu agama dalam kehidupan kita.Tetapi sayang,apa yang kita dapat,hanyalah seperti tuntutan hidup.Bukan untuk diaplikasikan sebagai keperluan untuk terus hidup.Agama Islam yang mengajarkan kita banyak perkara.Bermula dari sekecil-kecil akhlak,sehinggalah ke sebesar-besar tanggungjawab dalam membangunkan Ummat.
Pertama kali sahabat,dalam apa-apa perubahan,apa yang kita mahukan?
Persoalkan kepada diri sendiri,agar kita lebih terarah dalam meneruskan perubahan.Maka pada bicara kali ini,saya ingin menyentuh mengenai perubahan yang dilakukan kerana Allah s.w.t.
Jika difikirkan kembali,perkara ini adalah suatu perkara yang cukup berat pastinya.Pada pihak diri sendiri yakni saya,apakah layak saya terus menulis perkara-perkara seperti ini sedangkan diri sendiri tidaklah sealim ulama yang berceramah sana-sini.Tidak mengapa,saya kira ini perkongsian santai bersama kita.
Meletakkan Allah s.w.t. sebagai sebab utama perubahan kita dalam kehidupan,cukup membawa erti sebenar dalam membina kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Erti kata sabar,seakan menjadi sebati apabila pelbagai ujian yang menempelak.
Kerana itu saya perkatakan sebentar tadi,tanya kembali,apa yang kita mahu?
Kerana apa?
Masih ingat lagi awal perbincangan sebentar tadi?Mengenai sejauhmana berbezanya pandangan manusia terhadap sesuatu perkara dalam membawa penilaian?
Jelas di sini sahabat.Apabila kita tidak meletakkan asbab yang paling besar dalam membawa perubahan dalam diri kita,maka kita juga akan mudah kecewa.
Kita akui kita tidak sempurna.Namun,adakah semua memahami situasi kita?Tidak.Sesekali tidak.Allah telah meletakkan ujian yang setimpal pada setiap hamba-hambanya.Maka mustahil untuk manusia memahami apa yang kita hadapi,melainkan hanya berkongsi simpati.
Manusia bisa sahaja mengungkit.Perubahan yang kita lakukan ini kerana kepentingan.Kerana ada suatu perkara yang menjadi habuan.Maka hanya kita dengan Allah sahajalah yang benar-benar mengetahui,apa yang kita mahukan.Kerana manusia memandang kita dengan pandangan yang zahir.Ada sahaja dinding di hadapan kita,mereka tidak akan melihat,apakah yang sedang kita lakukan.
Maka ketika itu,yang ada hanyalah Allah s.w.t.
Perubahan tidak pernah menjanjikan keindahan.
Tetapi yakinlah,tujuan untuk berubah itu adalah impian yang cukup indah untuk terus diperjuangkan.
Walaupun yang menghalang makhluk bernama syaitan.
Bersama keampunan Allah kepada kita teman.
Kita ketahui,apa yang kita mahukan.
0 comments