Andai Benar Mencintai-Nya
7:12 PTG
Manusia dan cinta,tidak akan dapat dipisahkan.Kerana itulah sebab kepada wujudnya kita pada hari ini.Kasih sayang yang bersulam antara ibu dan bapa kita.Kita wujud di dunia ini.
Kita juga bukankah begitu?Punya perasaan untuk memiliki insan yang menjadi pilihan kita.Baik.Habis di sini.Bukan cinta manusia yang ingin saya perkatakan kali ini sahabat.
Dalam kehidupan seharian kita.Kita lihat sendiri sejauhmana ketaatan kita kepada Allah s.w.t.Apa yang kita lakukan untuk merasakan diri kita dekat dengan Allah.Apakah cukup dengan solat lima waktu sahaja?Apakah kita sudah merasakan diri dikasihi oleh Allah,hanya dengan amalan wajib yang kita lakukan?
Maka mari kita berbicara tentang cinta.
Dalam satu bulatan,saya sempat berkongsikan kepada rakan-rakan yang lain.Pada awalnya,saya persoalkan dahulu kepada mereka.Apakah cinta pada kaca mata mereka?
Biarkan.Benar sekali tanggapan anda.Cukup bagi menghormati setiap daripada pandangan kita.Kita punya takrifan sendiri terhadap perkara tersebut.Itupun sekiranya masih boleh diterima oleh akal dengan huraian yang dikemukakan.
Namun bagi saya,cinta itu adalah rindu.Lihatlah sejauhmana tajuk-tajuk yang berada pada kulit buku-buku novel cinta,tajuk drama-drama cinta,atau sebagainya mengenai cinta,pasti ceritanya mengisahkan dua orang manusia yang berlainan jantina yang sedang bertekad merealisasikan hubungan sesama mereka.Berbeza dengan selepas diijab kabulkan,cinta yang selama ini akan menjadi lain pada pandangan kita.Harga manisnya cinta juga sudah berbuah menjadi kasih sayang.Hanya yang benar-benar ikhlas memahami indahnya berkasih sayang yang mereka ertikan sebagai cinta.
Kenapa saya menganggap cinta sebenar adalah rindu?
Perhatikan pada mereka yang sedang asyik dilamun cinta.Tidak putus-putus memikirkan insan yang dicintai.Mengharapkan untuk sering bertemu.Kalau boleh disaat rindu menyapa,ingin sekali diungkapkan nama.
Maka cuba kita fikirkan cinta kita terhadap Allah s.w.t.Apa kita benar-benar mencinta-Nya.Sehinggakan kita sering memikirkan kekuasaan-Nya.Sehinggakan kita seakan-akan sering berzikir,hanya kerana terlalu rindukan Dia?
Lebih menggerunkan sahabat,saya sendiri takut untuk menyingkapkan ayat ini sebenarnya,namun cukuplah sebagai pengajaran buat kita bersama.Iaitu,apa kita benar-benar rindu kepada-Nya sehinggakan tidak tahan untuk bertemu dengan-Nya?WALAUPUN MATI ADALAH TITIK PERMULAANNYA?
Masyaallah,kerdil sekali untuk saya membincangkan hal ini bersama kita.Namun sahabat sekalian,itulah hakikat cinta yang sebenar.Inilah cinta yang Maha Agung sahabat.Cinta yang apabila kita benar-benar cinta,kita hanya terlalu dan tersangat rindu sahaja.Sedangkan untuk bertemu dengan yang dicintai itu,tersangatlah kita dingerikan dengan kata "Layakkah kita untuk menjadi tetamu-Nya?".
Sahabat.Marilah kita perhatikan kembali diri kita pada hari dan hari sebelum-sebelum ini.Sejauhmanakah kita benar-benar merindui-Nya.Kalau benar kita merindui-Nya,kita perhatikan pula amalan-amalan kita.Apa kita....................................................rindu pada-Nya?
Marilah sahabat.Biarkan apa yang telah berlaku kepada kita itu sebagai suatu sejarah.Pedulikan sahaja perkara yang telah berlaku.
"We cannot erase the past,but we can manage to create a better future."
Jadi,marilah kita tergolong antara mereka yang benar-benar mencintai Allah s.w.t. dengan merinduinya melebihi segala-galanya.Lakukanlah sebanyak yang kita mampu dengan keadaan kita dalam meraih perhatian daripada Allah.
Merindui Allah sahabat,pastinya akan membawa kita kepada merindui kepada seseorang yang dicintai Allah.Pastinya Rasulullah dan golongan-golongan soleh tidak terkecuali.Pastinya kita secara tidak langsung akan merindui segala perkara yang dicintai Rasulullah sebagai perutusan daripada Allah.
Insyaallah sahabat.Kita mungkin sudah terlalu lama terleka.Maka secebis kesedaran yang kita kongsikan bersama ini,agarnya dapat menjadi kekuatan untuk kita bersama-sama bangkit menuju cinta yang hakiki.
Astaghfirullah...
0 comments