Sahara Cinta
6:59 PG
Di bumi aku berpijak,
Nikmat-Mu seakan tidak pernah lelap,
Memenuhi segala kehendak,
Sehingga terkadang keinginan teruji,
Terus membentak,
Pada tanah tempat kuberlajalan,
Kuperhati pelbagai keindahan,
Kuhayati pelbagai keasyikan,
Tapi sayang,
Kadang-kadang takjub sahaja dipandangan,
Lupa keagungan untuk dikembalikan kepada tuhan,
Apa erti hidup ini,
Andai ianya seakan mimpi,
Permulaan sebenar di akhirat nanti,
Maka tempat ini,
Hanya untuk mengejar cinta-Mu Ilahi,
Di sini,tempat aku mendewasakan diri,
Terumbang-ambing dengan gelojak duniawi,
Terus mengejar erti,
Sebagai hamba Ilahi,
Cinta yang tidak pernah diakhiri,
Selagi jiwa,kontang persis hamparan sahrawi.

Ketika hati tidak membenarkan kalam bertutur pergi, maka tiada berdaya jemari mewakili bicara. Digagahkan, semoga menjadi perkongsian. Berkongsi bukan bererti suci, melainkan sama-sama memperbaiki diri.
0 comments