Pandangan Doa Sebenar
1:55 PTG
Kita seringkali melihat pelbagai kerosakan yang berlaku.Kadangkala mengganggu ketenteraman kita dalam kehidupan.Alhamdulillah andai kata kita masih dapat menilai sesuatu yang baik sebagai benda yang baik.Namun malang sekali apabila kita tidak mampu merasakan perkara tersebut sebagai perkara buruk,hanya kerana sudah menjadi kebiasaan.
Pandangan kita menjadi terganggu apabila yang diperhatikan adalah menimbulkan ketidakselesaan di hati kita.Seakan memberontak walaupun pada perkara yang kecil.
Maka kerana itu kita mula memikirkan perkara yang hanya bisa menjernihkan perasaan dengan persekitaran yang kita perhatikan.
Baru petang tadi sempat saya mendengarkan sedikit nasihat daripada sebuah bulatan.Bagaimana cara yang terbaik untuk kita memandang kemaksiatan dengan cara membenci di dalam hati,
Mungkin ketika erti kata mencegah dengan tangan,atau lidah sudah tidak mampu memainkan peranan,ketika berada dalam situasi tertentu,maka yang tinggal hanyalah pencegahan dengan hati..
Bagaimana pula ertinya mencegah dengan hati?
Caranya adalah mendoakan yang terbaik untuk mereka,dan diri kita sendiri.
Sesetengah orang terkadang salah dalam mendoakan sesuatu ketika mereka tidak dapat merasakan kepentingan cara menjernihkan fikiran dengan pohonan doa yang betul.Kata sahabat saya petang tadi,apabila kita melihat sesuatu keburukan,di saat hanya hati yang mampu berfungsi,maka jangan berdoa agar kita tidak tergolong antara mereka sahaja.Kerana di saat kita hanya mendoakan diri kita agar tidak terjerumus dalam kemaksiatan itu,kita sebenarnya sedang mementingkan diri sendiri.
Akan tetapi,jangan pula kita berdoa agar mereka bisa kembali kepada kesucian fitrah.Kerana perkara tersebut akan membuatkan diri kita berasa berada di darjat yang sudah selesa.Kononnya kita sudah bagus berbanding mereka,hanya kerana kita tidak melakukan apa yang mereka lakukan.Boleh jadi,secara perlahan syaitan akan memasukkan jarumnya ke dalam diri kita.
Maka jalan yang terbaik ketika berdoa dalam hati adalah mendoakan diri sendiri seterusnya mendoakan kebaikan kepada mereka perkara yang baik-baik sahaja.Bermakna,kita bukanlah orang yang mementingkan diri sendiri,bahkan bukan juga orang yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain.
Mendengar nasihat ini,saya termenung seketika.Boleh jadi selama ini saya hanya mementingkan dirikah?
Kerana sebelum ini,apabila melihat kemaksiatan yang dibenci di depan mata,saya hanya mampu berdoa agar saya tidak akan melakukan perkara tersebut.Ternyata terkadang diri saya sendiri lupa untuk mendoakan kepada diri mereka.Mungkin selama ini saya tersilap dalam memahami konsep "cegahlah dengan hati,iaitu membenci perkara tersebut".
Dengan nasihat seperti ini,saya kira cukup baik untuk sama-sama kita ubah kembali cara kita memandang sesuatu kemungkaran yang dibenci,dengan mendoakan dengan cara yang lebih baik.Dengan cara yang dinyatakan sebentar tadi,sebenarnya terseelit sedikit hikmah selain yang dinyatakan.Dengan cara berdoa itu juga,erti kasih sayang antara diri kita dengan orang lain akan lebih mekar di hati kita.
Malah,perasaan rendah diri pastinya akan secara tidak langsung,membunga di jiwa kita.
Semoga Allah menyaksikan,ketulusan kita untuk saling menyayangi antara manusia,dengan sentiasa mengharapkan kebaikan kepada mereka.Antaranya adalah?
Dengan berdoa.
0 comments