Jangan Menunggu Langit Berwarna Hijau

9:49 PTG



Tika hidup masih kita lalui,
Pelbagai cerita, yang bakal kita alami,
Punya impian, yang tidak henti,
Maka perubahan, mempertaruhkan erti,
Jika rebah, teruskan berdiri,
Jangan menunggu langit berwarna hijau,

Ukirlah impian, di langit mimpi,
Realisasikan ia, di bumi rialiti,
Kita berhak, mengharapkan misi,
Turut menjulang, pelbagai visi,
Jangan lengah, agar tak sesal nanti,
Jangan menunggu langit berwarna hijau,

Bagaikan pelangi, tiada berseri,
Warnanya tiada, tiada warni,
Potretkan niat, kerana Ilahi,
Barsama tujuan, perbaharui diri,
Semoga niat, menjadi murni,
Bersamanya di hati, terasa indah diamali,
Jangan menunggu langit berwarna hijau,

Pada emosi, teruji lisani,
Pada emosi, akhlak mewarisi,
Pada emosi, pilihan berkompromi,
Memilih bersabar, pada ujian yang menduri,
Atau amarah, bermaharaja diri,
Pilihlah yang terbaik, di waktu ini,
Bina semangat, jangan berhenti,
Bahkan tiada persia, di akhirat nanti,
Jangan menunggu langit berwarna hijau.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments