Demi Hari-Hari yang Dilalui

10:19 PTG



   Semakin hari berganti hari,semakin kita merasakan kita sudah punya banyak cerita yang kita lalui.Cerita suka duka yang telah banyak mencorakkan warna warni kehidupan kita pada hari ini.Jika bercakap mengenai warna warni kehidupan,pastinya kita terbayangkan warna ceria seindah pelangi di langit sana.Bukan begitu?

   Hakikatnya tidak bagi mereka yang pernah merasakan gelapnya sebuah episod kehidupan.Hitam pekat dek jahiliyyah dalam melakukan maksiat.Hitam bukat dek hati yang sukar menerima nasihat mahupun rakus memuaskan kehendak sendiri.

   Ia.Mungkin ketika saya menulis dan anda yang membacakan artikel ini masih berpeluang untuk bernafas.Diberi peluang untuk sama-sama merenungi hakikat sebenar sebuah perjalanan kehidupan yang telah kita lalui.Ya benar.Telah kita lalui dan sedang kita lalui.

   Sekali lagi saya ingin mengulangi.Kita punya kisah sendiri yang telah kita lalui.Namun bukan perkara yang lepas yang sedang hendak kita ratapi.Sebaliknya sebagai menerenungi kisah silam demi selautan pengajaran dari Ilahi.

   Saya terkenangkan seorang sahabat saya.Bukan seorang.Mereka berani berkongsi demi secebis perbincangan.Mengenai kehidupan.Saya juga seakan terlebih mengerti apa yang ingin mereka kongsi.Entah,mungkin kerana pegalaman sendiri barangkali.

   Boleh dikaitkan permasalahan ini sebagai suatu kekesalan dalam meneruskan hari yang mendatang dengan penuh motivasi.Lain orang,lain ujian yang Allah berikan.Percayalah,Allah tidak membebani hambanya melainkan dengan perkara yang sesuai untuk kita.

   Mungkin jika saya berkata begitu,ada yang beranggapan,senanglah kerana bukan saya yang teruji begitu.Baiklah,saya menerima pantulan itu.Namun dengarkan dengan perlahan,apa yang ingin saya harapkan untuk kita sama-sama berfikir dengan tenang.

   Bayangkan kehidupan tanpa diuji.Apa erti hidup ini?
   Bayangkan drama dan movie tiada polimik yang berlaku?

   Apa ada nilai pada sebuah penceritaan tersebut?
   Tentunya tidak!

   Begitu juga dengan pengakhiran sebuah cerita.Kita kaitkan dengan kehidupan kita sahabat sekalian.

   Anggaplah susah senang yang kita lalui sebelum ini sebagai sebuah ujian.Percayalah,kegembiraan dan kesenangan itu juga sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah.Namun sudah menjadi kebiasaan,yang indah itu terkadang melalaikan kita.Apa-apa sekalipun,perkara yang telah kita lalui itu adalah sebenarnya suatu ujian.

   Jadi,apakah tujuan itu?

   Perhatikan kembali apa yang saya tuliskan sebelum ini.Ianya adalah pengakiran.Izinkan saya menambah,hakikatnya adalah sekarang.

   Apa yang kita lakukan untuk kehidupan kita pada hari ini?Sekarang ini?Dan bagaimanakah agaknya pengakhiran kita nanti?Sedangkan ajal maut itu adalah rahsia yang tersembunyi?

   Jadi sahabat sekalian.Bersedialah dengan perkara yang sedang kita lalui dan apatah lagi perkara yang akan kita lalui.Cukuplah meratapi perkara yang sudah terjadi.Ambillah sebagai pengajaran buat diri.

   Kita tidak akan mampu mengubah sejarah.Tetapi kita mampu menciptakan hari ini sebagai sejarah yang lebih baik daripada sebelum ini.

   Teruskan meraih simpati Allah.Lakukan sesuatu agar Allah tertarik dengan kita.Jangan sampai kita membiarkan Allah cemburu dengan kita,hanya kerana perhatian kita terfokus hanya kepada dunia.Sungguh,cemburu Allah tidak melemahkan kekuasaan-Nya.Tetapi menambahkan ke atas diri kita kemurkaan-Nya.

Astaghfirullah...

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments