Tingkatkan Cinta

7:43 PG



   Seringkali kita merasakan seakan diri kita sudah sedikit sebanyak menjarakkan diri daripada kecintaan kepada Allah s.w.t.Ketika kita mula merenungi kembali,amalan-amalan yang semakin berkurang dari hari ke hari.Sebelum ini,kita ikhtiarkan diri untuk pertingkatkan segala amalan yang mampu membenihkan kecintaan kepada Allah s.w.t.Namun,hanya kerana beberapa inci ujian,kita dapati adanya pengabaian.

   Saat inilah kita akan terfikir.Ikhlas akan mula dipersoalkan.Kepada siapakah amalan ini sebenarnya diamalkan?Merasakan diri hipokrit.Diri sendiri mula mengkritik.

   Saya sendiri juga pernah berfikir seperti itu.Makanya ketika kawan saya sedih menceritakan perasaan berdosa yang melingkari hari-harinya,maka apa yang saya mampu katakan hanyalah:

"Anggaplah merasakan diri berdosa sebagai suatu anugerah.Balaslah dengan bertaubat kepada Allah.Bahkan anggaplah merasakan diri aman dari dosa itu sebagai suatu azab.Agar diri kita tak terlalu leka dalam terus beriadat."

   Bersyukurlah jika masih merasakan diri berdosa.Tidak bermakna satu galakan untuk melakukan dosa.Tetapi pada hakikat jiwa yang masih merasakan kelompangan yang belum terisi atau sudah dicemari itu harus kembali menjadi jernih.Anugerah ini haruslah dibalas dengan bertaubat.Kerana apa?

   Kerana apabila hati sudah mula menjadi keras.Jiwa mula merasakan diri tidak berdosa.Rasa aman daripada maksiat yang dilakukan.Maka,inilah sebenar-benarnya azab kepada kita.

   Betapa ramai orang pada hari ini merasa selesa dengan maksiat kecil yang mereka lakukan?Sehingga maksiat itu sudah tidak malu untuk dilakukan di hadapan orang.Betapa ramai orang yang semakin maju dalam meningkatkan kejahilan?Kerana diri seakan melakukan perkara biasa yang menjadi amalan harian.

   Diri kita menghendakkan kesucian.Menghendakkan ketenangan.Ketika kita merasakan diri lemah,sedarlah itu adalah sebab untuk kita pertingkatkan kekuatan iman.Ketika kita merasakan tenang dalam ketaatan kepada Allah,maka itulah satu anugerah,yang harus dibalas dengan istiqamah.

Astaghfirullah...

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments