Indah Sebuah Bulatan

12:52 PG


   Gemersik bayu malam tidak mampu menggantikam tenangnya sebuah pertemuan.Pertemuan yang bertunjangkan memperingati dan menegur iman bersama, di dalam satu bulatan.Bulatan itu bukan bulatan kelalaian,melainkan bulatan memperingati Tuhan.

   Sahabat.Sungguh Allah s.w.t. tidak zalim terhadap hamba-hambanya.

   Pernahkah hadir di dalam kehidupan sahabat sekalian,di mana kita mula tertanya-tanya akan sebabnya wujud sebuah kehidupan?Bahkan kaum Musyrikin Mekah(zaman jahiliyah) sendiri suatu ketika,jika ditanya kepada mereka,kenapa mereka mempercayai wujudnya Tuhan(walaupun dengan menyembah berhala)?

   Jawab mereka,kerana mereka telah memerhatikan bahawa,adanya tahi unta,kerana adanya unta.

   Berbalik kepada persoalan yang saya timbulkan sebentar tadi.Satu fasa hidup di mana kita merasakan diri kita tidak meminta untuk menjadi seperti yang sedia ada.Boleh jadi kita mempertikaikan takdir kehidupan.Boleh jadi kita merasakan kehidupan yang penuh dengan kelompangan.Kelompangan-kelompangan yang harus diisi,bukan sekadar memuaskan hati,tetapi mententeramkan jiwa fitrah kemanusiaan.

   Di dalam Al-Quran Surah An-Najm ayat 23, Allah berfirman yang bermaksud "...sesungguhnya,telah datang kepada mereka,petunjuk dari Tuhan mereka."

   Kenapa saya mengisukan perkara ini pada kali ini?Tajuknya pula mengenai bulatan.Bagi anda yang sudah dapat memahami apa yang ingin saya maksudkan,maka alhamdulillah.Namun,ada huraian yang ingin saya kemukakan untuk sama-sama kita renungi.

   Mengikut bahasa orang kita,selalunya menyebut usrah.Tetapi saya lebih selesa menamakannya sebagai pertemuan atau bulatan.Alternatifya adalah untuk membasmi alergik masyarakat bahawa budak usrah itu orang yang baik-baik,hafiz 30 juzuk dan seangkatan dengannya.Bulatan ini sebenarnya suatu anugerah kecil daripada Allah s.w.t. untuk meraikan diri seseorang mengharapkan penyucian jiwa.

   Mungkin benar ada yang berpendapat bahawa adanya program-program yang lebih membantu dalam memantapkan kembali hidup bertuhan dalam kehidupan kita.Sebenarnya sahabat,ayat al-quran yang saya nyatakan sebentar tadi cukup untuk sama-sama kita tadabbur,bahawasanya Allah sentiasa membuka jalan yang sangat bersusaian dengan kehendak hati kita dalam meraih kembali hidup bahagia bersama agama.

   Cuma yang membezakan kita,adalah sejauh mana kita mencari perkara tersebut.Maka apa kaitan dengan bulatan yang dimaksudkan?

   Bukan hanya pada bulatan gembira yang saya ingin fokuskan sebenarnya,kerana pada hakikat sebenar adalah,kaedah yang ingin kita gunakan untuk kembali kepada cinta hakiki.Cara untuk melakukan perubahan terhadap kehidupan.Demi kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan di akhirat.

   Apa yang penting adalah,kebersediaan kita untuk mencari wadah perubahan tersebut.Yakinlah,selangkah kita cuba mendekati Allah s.w.t.,Dia akan bersegera menyahut kita.Carilah teman yang bisa membangkitkan iman.Sahabat yang bisa menjentik keinsafan.Agar diri kita tidak terus berada dalam kelalaian.

Astaghfirullah...
  

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments