Wahai Hati,Berhati-Hatilah

11:10 PTG



Wahai hati,
Sungguh hidupmu terus teruji,
Sebagai bukti,
Benarkah kau mencintai Ilahi,
Atau hanya sebagai Ilusi,
Untuk mencorakkan ketenangan dihati?

Wahai hati,
Sungguh kau menjadi saksi,
Setiap kehendak yang tidak didengari,
Dalam diam menutur bersama emosi,
Apa benar diri ini takutkan Ilahi?

Wahai hati,
Berapa kali mahu kita insafi?
Istiqamah tak ketemu lagi,
Mulalah ikhlas kau persoalkan lagi,
Apa benar semuanya kerana Ilahi?

Wahai hati,
Lagi-lagi berbicara pasal hati,
Apa tiada cerita lain untuk dikongsi?
Tetapi inilah hakikat diri,
Hidup bersama kemahuan hati,
Terkadang tertepis aturan Ilahi,
Makanya cerita ini berulang lagi,

Wahai hati,
Berhati-hatilah membawa diri.

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments