Belum Tibakah Waktu Itu?

5:15 PTG



   Sahabat yang saya kasihi sekalian.
 
   Renungilah ayat Al-Quran di atas. Surah Al-Hadid ayat 16. Tidakkah kita perhatikan sahabat? Allah menegur kita di dalam Al-Quran. Allah menanyakan kepada seluruh manusia yang beriman?

   Tidakkah kita mengaku beriman? Maka apakah kita merenungi bicara Allah ini.

   Suka untuk saya membawa sahabat melihat rialiti dalam kehidupan kita. Katakanlah saya pernah berhutang dengan sahabat wang yang begitu banyak. Tentunya sampai waktu, sahabat akan menuntu balik hutang tersebut daripada saya bukan? Kerana apa? Kerana wang yang pernah saya pinjam itu nilainya tinggi, dan sekiranya diperolehi kembali, maka sahabat boleh memanfaatkannya untuk kegunaan sendiri bukan?

   Namun Allah s.w.t. tidak begitu sahabat. Setelah Allah memberi pelbagai nikmatnya kepada kita. Nikmat yang tidak terhingga pemberiannya. Kita bisa makan dengan tenang. Bisa minum dengan air yang bersih. Apatah lagi kita yang ketika ini tidak merasai keperitan yang dilalui secara fizikal dan mental saudara-saudara kita di Syria, Gaza mahupun Palestin. Nikmat-nikmat ini diberikan oleh Allah kepada kita, tanpa mengira, kita punya kecintaan yang tinggi atau tidak kepada-Nya.

   Allah bertanya, bukan untuk menuntut hutang yang kita ambil dariNya. Bahkan nikmat yang diberikan kepada kita, tidak langsung mengurangkan Maha Agung kekuasaanNya. Tetapi, Allah bertanya, untuk kembali memperingati kita, kembali memperingati kita sebagai seorang hambaNya yang beriman. Bilakah untuk kita kembalikan hati kita yang sudah lama tertipu dengan dunia ini, untuk khusyuk kepadaNya?

   Persoalan yang diberikan ini bukan untuk menunjukkan Allah memerlukan kita, akan tetapi suautu peringatan, untuk kita sedar bahawasanya, kitalah yang sangat memerlukanNya. Apatah lagi, peringatan ini untuk kembali menyuburkan iman kita yang terkadang terleka dengan dunia. Maka dengan kembali insaf dan beriman, kita diberikan keampunNya. Bahkan, dengan menjadi hamba yang taat, kita dijanjikan lagi dengan nikmat yang indah iaitu syurga di akhirat kelak.

   Belum cukup lagikah sahabat? Diri saya sendiri, belum cukup lagikah?

   Satu demi satu Allah sertakan kepada kita manual yang lengkap untuk menjalani kehidupan. Namun apa kita mengambil pengajaran? Jika tidak kita hayati kalam Allah ini, apa kita akan dapat peringatan demi peringatan?

   Marilah wahai diri seorang hamba kepada tuhan sekalian alam, kita kembali menjernihkan hati. Tidak dinafikan, jalan mujahadah itu sulit. Kerana pada daya usaha meraih redhaNya itulah, menjadikan diri kita benar-benar beriman dan seorang hamba yang sedar dirinya lemah.

   Jangan sesekali kita berputus asa daripada rahmat Allah. Tidaklah Allah itu zalim sekiranya Dia tahu kita pendosa, kemudian datangkan peringatan untuk menakutkan kita semata. Akan tetapi, hadirnya peringata bersama peluang untuk kita kembali menyucikan diri. Kembali bertaubat dengan penuh kehendak.

   Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: 

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

(Az-Zumar: 53)
   Maka dengan peluang yang Allah berikan ini, tanyalah. Tanyalah pada diri kita.

   Belum tibakah waktu itu?

Sahabat Mungkin Juga Meminati

0 comments