Bilakah Air Mata Terakhirmu?
7:37 PGDalam menongkah erti,
Terulik keraguan di hati,
Apakah diri benar meyakini,
Sehingga segala tuntutan sudah dipatuhi,
Tidak sekali,
Walaupun terasa jauh menyendiri,
Ketika jiwa tiada terasa,
Perkara yang dilakukan adalah dosa,
Hukumnya dilihat, harus semata,
Sedangkan yang wajib terus tergendala,
Apa kau kira, ini perkara biasa?
Owh Ya,
Allah itu Maha Penyayang,
Maka kau kira tak mengapa bersenang lenang,
Ada masa kau kembali ke pangkal jalan,
Apa kau kira, kau sentiasa diberi peluang?
Tidakkah diri terasa hina,
Yang dilarang, belum sirna,
Yang disuruh, cukup makan sahaja,
Lalu disangka, akhirnya nanti akan ke syurga,
Apa dikira,sehari akhirat, sama di dunia?
Yakinlah, kau tak sanggup menanggungnya.
Jangan asyik menyalahkan waktu,
Takdir yang berlaku, atas pilihanmu,
Ya sudah, jangan begitu,
Tanyalah diri,
Bilakah air mata terakhirmu?
Dari situ kau tahu,
Apa kau selalu merintih pada Yang Satu?
0 comments